KENAPA INDIVIDU INI BERANI MENGHINA NABI SAW DI BUMI BERTUAH MALAYSIA INI?

K

Nabi SAW ialah sumber dalil asas dalil dan teras kepada agama Islam. Jika Nabi SAW ditolak, dinafikan, diragui, bagaiama Islam hendak berdiri? Itulah sebabnya para ulama’ bersepakat (ijma’) mana-mana lelaki atau wanita muslim melakukan penghinaan ke atas Nabi SAW, maka dia telah MURTAD!

Rujuk sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217710369768504&id=1158060811&mibextid=qC1gEa

Ramai orang tag aku pasal kenyataan kufur yang dibuat oleh individu tersebut. Pada asalnya, aku malas nak melayan sebab ia bukan kali pertama dia menghina Nabi SAW dengan sengaja. Bukan kali pertama tau! Padangan aku, sesiapa yang menghina Nabi SAW, dia telah murtad. Dia bukan lagi seorang Muslim. Titik.

Sehinggakan Majlis Fatwa Negeri Perlis telah menyatakan kenyataannya yang sebelum ini merosakkan akidah. Untuk kenyataannya kali ini pula sangat jelas yang tidak perlu diminta justifikasi. Tetapi dia semakin berani dan berbangga kerana telah difatwakan sesat dan kufur.

Majlis Fatwa Negeri lain buat apa? Pahang buat apa? Sepatutnya mereka yang ada kuasa dan jawatan rasmi ini yang patut cepat mengambil tindakan. Tindakan yang betul adalah keluarkan sahaja dia daripada Islam sebagaimana hukum telah termaktub secara ijma’ kepada mereka yang menghina Nabi SAW.

Di Malaysia, agama Islam dinaungi oleh raja-raja Melayu yang beragama Islam. Dengan mufti dan ahli majlis fatwa, ber-Majlis dan ber-Jabatan. Undang-undang enakmen berdiri sendiri. Zakat dipungut dan infaq dipinta daripada kaum Muslimin. Takkan nak suruh rakyat marhaen yang tidak berjabatan dan bermajlis mengambil tindakan pula?

Berapa gaji Mufti? Berapa gaji Pengarah Jabatan? Berapa gaji CEO Majlis? Berapa elaun ahli Majlis? Jangan tanya, jangan pertikai, nanti masuk “Melaka” kata mereka yang sudah trauma dengan birokrasi lembaga beradat bertakhta payung kuning. Hina Nabi SAW boleh diam? Belum lagi aku bertanya tentang segala elaun dan perks mereka-mereka di tampuk kuasa agama negeri dan negara. Kan?

Di persekutuan pula, ada menteri yang tidak tahu apa peranannya di saat agama Islam dicabar kiri dan kanan, dihina dan diketawakan. Berapa ya gaji menteri agama? Dicampur elaun-elaun? Berapa ramai para pekerja dan pegawai yang dibayar gaji untuk membantu Beliau? Tengah buat apa tu?

Ya, aku faham mereka semua sayang gaji, sayang jawatan dan sayang kuasa. Mereka boleh kilas sana sini dengan pelbagai dalil dan khilaf. Cuma aku tertanya-tanya, jika banyak sangat excuse dan kungfu, sehingga kaum Muslimin tak happy, apa guna segala Jabatan dan Majlis itu diwujudkan? Apa guna menteri dan mufti yang bergaji lumayan itu?

Kalau orang bukan Islam menghina agama Islam, diambil tindakan dengan undang-undang jenayah persekutuan. Dia bukan Islam. Dia hina, kita faham. Yang bertudung labuh bersuamikan lebai PAS menghina Islam, Nabi SAW dan segala ajaran Islam dah beberapa entah. Takda tindakan sehingga hari ini?

Adakah jika kita mengaku kita seorang Muslim, bertudung labuh dan berketayap lebai, kita dibenarkan menghina agama Islam? Yang bukan Islam hina Islam kita faham dah. Jangan sampai nanti pembenci Islam masuk Islam main-main hanya untuk menghina dan merosakkan Islam menggunakan tiket seorang “muslim”.

Itulah sebabnya dia semakin berani menghina Nabi SAW kita, agama kita dan ajaran kita. Kenapa? Selain dia disokong oleh politikus dari PPIM. Yang ada kuasa tak buat kerja sungguh-sungguh. Takda strategi dan hanya melukut menunggu angin lalu. Menadah tangan terbuka untuk menakung air hujan.

Aku ingin bertanya kepada para pemakan gaji dan elaun di dalam Majlis dan Jabatan Agama di Malaysia dan negeri-negeri di dalamnya.

“Kalaulah Umar RA masih hidup, apa yang dia akan berijtihad apabila Nabi SAW dihina secara terang terangan?”

Tepuk dada, tengok cermin, tanya iman. Jangan tepuk poket, tengok bank akaun pula!

😜

ps : Hina raja dan PM laju je diambil tindakan. Kan?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.