BAGAIMANA KAUM LEBAI MENORMALISASI KELUCAHAN DOUBLE MEANING TERHADAP WANITA?

B

Ada lebai Youtube kata tak ada masalah sebut apam-apam ni sebab drama Melayu lain pun ada babak berpeluk sakan. Yang penting ada pengajaran yang siapa cakap lucah boleh kena penampar.

Oh begitu rupanya sifir lebai Youtube. Apa pun lebai Youtube itu telah admit perbuatan Lebai Maszlee dalam filem itu salah dan wajar ditampar. Itu clear. Ia salah. Maka kita ke bab seterusnya, iaitu normalisasi.

Apabila lebai Youtube membandingkan perbuatan salah dengan salah, perbuatan dosa dengan dosa. Aku taktau kaedah usul fiqh apa yang dia guna. Berkata lucah dibandingkan dengan aksi berpelukan. Ibarat bandingan nak mencuri moto depan rumah atau pecah masuk rumah orang.

Jika kaedah itu terpakai, maka mudahlah kerja segala syaitan nak men-justify dosa dan kesalahan mereka. Sebagai contoh, penghina suami lebai secara terbuka di Facebook kata dia ok lagi compare dengan isteri lain yang curang terus. Pendera anak OKU kata takpalah dia dera, dia dah kena dakwa di mahkamah. Dekat luar sana ada yang sampai mati kena dera pun ada.

Jadi sampai bila-bila amar maaruf dan nahi mungkar tidak akan berjaya dijalankan dan ditegakkan dek kerana ada justifikasi membandingkan dengan dosa dan kesalahan yang lain. Lebih dahsyat, ia dilakukan oleh mereka yang berwajah agama dan disokong oleh kaum agama.

Normalisasi perkataan lucah melampau sangat menjijikkan. Apakah ayat “apam kau dah kering” itu bukan kejijikan yang melampau? Boleh sahaja digantikan dengan ayat “kau tu sudah tua”. Kenapa nak ditekankan lagi dengan basah dan kering?

Kenapa mahu dipilih apam yang menggambarkan kemaluan? Kemudian basah dan kering. Kejijikan apakah seorang lebai boleh mengIYAkan bahasa seperti ini? Lebai Youtube pun nak backup juga? Adakah selepas ini Lebai Youtube akan terus mempertahankan lakonan dan skrip lucah double meaning yang direct kerana ia prinsip Lebai Youtube?

Normalisasi kelucahan di kalangan kaum lebai membuktikan betapa hangatnya jiwa mereka di sebalik bacaan Quran dan Sunnah. Tidak peliklah terdapat banyak lebai yang ditangkap dan didakwa dengan pertuduhan yang melibatkan jenayah seksual. Lebai Youtube itu sudah maaruf beraliran agama lebih kurang sama dengan Lebai Maszlee. Tak hairan pun dia nak pertahankan. Wajarlah mereka dicop kaum W!

Budaya harrassment terhadap wanita melalui kata-kata melucah double meaning perlu dihentikan segera. Normalisasi maksud baru terhadap perkataan lain terutama makanan adalah perbuatan yang menjijikkan. Ini bukan budaya kita yang patut dilayarkan ke udara.

Aku rasa, Lebai Youtube sepatutnya tahu hukum asal berlakon sebenarnya apa? Bahkan pihak JAKIM juga telah memberi paduan. Diantaranya adalah :

“Tidak mengandungi unsur-unsur yang bercangah dengan akhlak.”

Adakah melucah itu perbuatan yang tidak bercanggah dengan akhlak Islami? Cuba bayangkan, jika Rasulullah SAW hidup lagi, adakah Lebai Maszlee berani melakonkan dan berkata seperti itu di depan baginda? Manakala lebai Youtube akan memberikan justifikasi kepada Nabi SAW.

Lebai Youtube mesti tahu pandangan al-Uthaimin, Ibn Baaz, Soleh Fawzan, al-Albani tetang perbuatan tersebut adalah haram, hatta al-Qaradhawi pun tidak membolehkan perbuatan melucah dengan alasan seni, berlakon atau lain-lain.

Apa yang Lebai Youtube cuba nak tunjukkan? Nak normalize kuih apa pula hari ini?

😜

ps : Lebai Maszlee dulu beriya-iya bersuara pasal kes adik Ain dulu. Walhal setelah disiasat polis mendapati tiada yang faham seperti adik Ain. Rasa-rasa adik Ain suka tak dengan analogi apam basah apam kering terhadap wanita?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.