SEMANGAT ADIK BELLA BERSAMA KAMI!

S

Ini Mommy Zue, kakanda saya yang difitnah itu dan ini oleh sesetengah pihak. Aku macam biasa, pendirian aku objektif. What ever apa orang kata pasal dia. Aku abaikan. Sebab kami cuma berdiri atas 1 prinsip iaitu bersuara bagi pihak adik Bella untuk mendapatkan keadilan.

Mommy Zue telah diasak oleh peguam-peguam OKT kes adik Bella, Siti Bainun ketika dia menjadi saksi pertama pihak pendakwaan. Hampir 7 hari dia diasak, dia ditekan dan digoreng di dalam mahkamah.

Ohya, untuk pengetahuan korang semua. Mommy Zue ialah pelapor perbuatan Siti Bainun kepada pihak polis dan kemudiannya menjadi saksi kepada pihak pendakwaan.

Alhamdulillah.
Akhirnya pendakwaan berjaya membuktikan kes penderaan dan pengabaian itu wujud dengan keputusan prima facie daripada hakim. Siti Bainun diarahkan membela diri.

Selepas hakim membacakan keputusan prima facie tersebut. Mulalah drama nak postpone-kan kes. Sampailah ke drama kesemua peguam Siti Bainun meletakkan jawatan beramai-ramai.

Mula-mula kata nak tunggu saksi pakar daripada UK, kemudian Siti Bainun sakit dapat MC 22 hari. Selepas itu buat rayuan dan review keputusan hakim. Kena tolak, buat lagi. Buat permohonan nak ambil saksi pendakwaan dan macam-macam lagi.

Setelah semuanya gagal, maka beramai-ramailah mereka tarik diri konon busy sampai bulan 4. Konon-konon tinggalkan Bainun seorang diri di mahkamah tetapi berjimba bersama-sama di malam hari. Drama seterusnya Bainun nak apply peguam YBGK pula. Taktaulah dia ada mohon ke tak.

Cuma aku pelik. Kau ada duit nak panggil doktor pakar dari UK, tiba-tiba nak hire peguam kau cerita takda duit. Aik, lain machiam ni.

Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.