KIWF masih mengumpul dana untuk pembelian rumah transit untuk kanak-kanak yang mengidap kanser untuk family mereka menginap di sekitar Hospital Kuala Lumpur.
Proses rawatan kanser biasanya mengambil masa yang lama. Jadi mereka yang datang dari jauh selama ini terpaksa tidur di tepi-tepi jalan di sekitar hospital kerana tidak mampu membayar hotel, motel, airbnb, dan bilik sewa.
Berilah mereka sedikit kesenangan dan keselesaan di saat mereka sedang berduka ditimpa musibah. Tiada siapa yang mahu diberi ujian sedemikian rupa. Kan?
Maka KIWF mengambil inisiatif untuk membantu mereka ini. Di hari Jumaat yang mulia ini, korang bolehlah membuat sumbangan melalui KIWF di www.waqf.io.
Sekian.