AKU INGIN MEMUJI DPP HARI INI!

A

SITI BAINUN KATA LUKA ADIK BELLA TIDAK TERUK!!

Hari ini aku singgah ke court kes adik Bella sekejap sementara menunggu meeting di KL. Aku agak impress dengan performance 2 orang DPP muda. Mereka begitu tegas, firm dan organized. Soalan-soalan mereka pun dah ada direction yang jelas. Nama mereka Fazeedah dan Shakira Waka Waka Eh eh. Diorang berdua ni layak mendapat pujian dan voucher IFMAL.

(Boleh pm tepi untuk tuntut voucher!)

Last week aku puji Siti Bainun kan. Ini kali Siti Bainun tergolek. Banyak kali tergelincir termakan diri dengan keyakinan dia sendiri. Aku agak terkejut apabila Siti Bainun tidak bersetuju yang luka adik Bella sangat serius dan teruk. Mungkin dia nak justify yang itulah sebab dia taknak bawa jumpa doktor. Tapi sebenarny kita tahu kenap dia takut nak bawa Bella berjump doktor.

DPP telah menunjukkan screenshot komunikasi yang menunjukkan Siti Bainun ada berhubung dengan farmasis dan meminta ubat terbaik kerana Bella luka teruk. Dia juga ada memberihu kawannya Bella luka teruk. Kemudian, barulah dia mengaku yang luka Bella itu luka yang serius. Yang lebih setan adalag Siti Bainun tidak bersetuju dengan cadangan DPP yang luka seteruk itu sepatutnya dibawa berjumpa doktor!

Apa yang aku boleh kata. Pandangan aku, Siti Bainun gagal dan tumpas hari ini. Penipuan dia sangat jelas ditambah dengan gayanya yang sombong. Sudah pasti rakyat Malaysia mengharapkan pendera adik Bella diberi hukuman yang setimpal dengan kezaliman yang dia lakukan terhadap adik Bella.

Korang kena ingat, kes adik Bella ini hanyalah a tip of an iceberg! Banyak lagi kisah gelap yang belum dirungkai keluar..

😉

#JusticeForBella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.