7 DALIL KENAPA AKU MENOLAK PPIM SECARA TERBUKA

7

Aku kira sudah sampai masanya aku membentang alasan-alasan aku kenapa aku menolak PPIM. Dalam masa yang sama aku tidak menafikan kebaikan-kebaikan yang selama ini mereka telah lakukan. Tetapi pertimbangan neraca akal dan budi aku menunjukkan PPIM lebih membawa mafsadah daripada maslahah.

Selagi mereka tidak berubah dan menyatakan pendirian mereka dengan jelas dan tegas, aku kekal menolak mereka sebagai sebuah NGO yang mewakili rakyat marhaen yang berjuang di atas landasan kebenaran dan keadilan.

Berikut adalah dalil-dalilnya :

1. PPIM tidak pernah membentangkan aliran kewangan mereka secara terbuka.
Sebagai sebuah NGO yang menggunakan nama Islam, sudah pasti integriti dan ketelusan dana awam yang dikutip daripada masyarakat wajar dibentangkan secara terbuka.

Berapa dana masuk, berapa yang dibelanjakan. Dibelanjakan kepada siapa. Syarikat mana dapat projek PPIM. Berapa gaji AJK, berapa pengurusan ambil. Semua ini perlu dibentangkan secara terbuka sebagaimana kutipan derma dibuat secara terbuka.

Di dalam Islam, amalan hisbah adalah kewajiban yang mesti dilakukan kepada mereka yang mengutip dana awam. Lebih-lebih lagi mereka yang memakai jenama Islam.

Belum lagi kita bertanya atau menyemak milik siapakah vendor-vendor marketing, IT, event dan lain-lain milik syarikat siapa. Apa perniagaan Toqqi yang sebenar. Kan?

2. PPIM mengajak masyarakat kepada projek pembodohan umat.
Aku dah perasan lama yang PPIM ini tidak dibimbing oleh manhaj ilmu yang benar. Natijahnya mereka bercakap merepek keluar daripada landasan ilmu. Ibarat ruwaibidhah yang disebut Nabi SAW.

Tidak perlulah aku bertanya apa kelulusan akademik mereka dan apakah keahlian mereka yang sebenar, melihat mereka melakukan demo sudu melekat kerana kesan magnetik vaksin dan konon ada mikrocip di dalam vaksin sudah cukup menggambarkan betapa dangkalnya akal dan minda mereka.

3. PPIM bersama dengan tokoh-tokoh psuedoscience home birth termasuk mereka yang pernah terlibat dengan kematian bayi.
Tak perlulah aku bicara lebih. Tidak cukup menjadi pejuang antivaksin, mereka bersama pula dengan kaum homebirth yang telah merisikokan jiwa anak-anak yang baru lahir dan ibu-ibu yang melahirkan anak. Kononnya, gentle birth dan kelahiran alami.

Semua ini ajaran kaum doula-doula yang tidak bertauliah yang cari makan dengan menipu masyarakat. Mereka ini nak jadi doktor tak cukup A masa SPM, maka jadilah scammer. Telah terdapat kematian bayi songsang kerana konon nak buat water birth.

4. PPIM masuk PRU dan meletakkan calon “dari Vietnam”.
Sudahlah kalah teruk walaupun diletakkan muka Toqqi sekali dalam poster sampai hilang deposit. Terpaksa import orang Vietnam nak like video-video kempen mereka.

Calon dari Vietnam ini sudah diketahui sikap dan akhlaknya secara umum. Seorang antivaksin tegar dan pejuang psuedoscience. Yang lebih dahsyat, penyokong tegar #JusticeForBainun dan Penghina Nabi SAW.

Sampai ke hari ini tiada kenyataan rasmi dibuat oleh PPIM terhadap calon PRU mereka yang kalah dengan hina itu.

5. PPIM diam ketika Penghina Nabi SAW menghina Nabi SAW entah kali ke berapa.
Mungkin disebabkan Si Penghina Nabi itu peguam kepada calon Vietnam PPIM, PPIM diam menyepi? Mungkin disebabkan Si Penghina Nabi itu seorang antivaks yang sama mazhab dengan PPPIM?

Maka tiada kenyataan rasmi daripada PPIM mengecam tindakan “rakan” mereka itu yang secara fiqh-nya sudah murtad. Bukankah disebalik nama PPIM terdapat perkataan Islam. Atau menghina Nabi tidak besar pada PPIM? Vaksin lagi besar?

Apa guna dilekat dan dipakai baju berjenama Islam jika hanya untuk ditunggang jenamanya tetapi prinsipnya digadai? Ganti saja dengan kain kafan. Bak kata Buya Hamka,

“Jika diam di saat agama-mu dihina, gantikanlah bajumu dengan kain kafan..”

6. PPIM dilihat redha dengan tindakan Zaki Megi Bayam yang menyerang saksi-saksi yang datang memberi persaksian untuk membela adik Bella.
Aku dah pesan sama Kak Zue, Kak Mona dan Mahmud, takyah jumpalah Toqqi dan PPIM. Diorang tu mana kisah pasal kita. Kak Zue tulis panjang-panjang setelah perjumpaan dengan Toqqi. Siap bawa Yasmin sekali. Ada Toqqi kisah?

Tiada kenyataan rasmi daripada Toqqi atau PPIM yang menyelar atau membantah tindakan Zaki yang menyerang saksi-saksi adik Bella. Diam tanda setuju kan? Perkara ini aku dah agak dah. Sampai ke sudah diorang buat bodoh je.

7. PPIM menjadi “broker” kepada Serba Dinamik yang sedang bermasalah.
Di saat syarikat awam Serba Dinamik sedang disiasat kerana ada masalah audit, boleh pula PPIM dan Toqqi menyarankan bumiputera dan orang Melayu beli saham Serba Dinamik.

Rasanya dengan pengalaman PPIM dan Toqqi dalam dunia ahlong, eloklah mereka uruskan hal itu sahaja. Aku percaya mereka tidak faham pun isu dalam Serba Dinamik tempoh hari. Aku taknak tuduh mereka pula jadi broker your entry is my TP kan.

Dah melingkup tersontot habis mereka yang percaya dan sahut kempen konon nak selamatkan Serba Dinamik. Kononnya ada tangan ghaib. Ini bukan isu tangan ghaib, ini isu integriti menjalankan syarikat awam.

Dengan 7 dalil yang aku senaraikan, cukuplah untuk aku berlepas diri dan menolak PPIM secara terbuka. Kita semua mungkin boleh agree to disagree. Siapa tak setuju silakan tak setuju di wall masing-masing.

Korang pula tak setuju dan menolak PPIM sebab apa?

Aku cadangkan dan nasihatkan, PPIM buat parti politik saja dan bawa perjuangan mazhab korang ke arena terbuka. Boleh tengok, rakyat Malaysia sokong ke tak. Last PRU hari tu dah try-kan pakai Bebas?

😉

ps : Mohon kerajaan haramkan apa-apa nama persatuan, pertubuhan, NGO, yayasan, parti politik dan sewaktu dengannya menggunakan nama Islam. Saya mencadangkan akta tunggang agama diperkenalkan!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.