DOA KEBURUKAN DI HADAPAN KAABAH ADALAH AMALAN KAFIR QURAISY

D

Aku telah ditunjukkan keratan doa keburukan terhadap beberapa sahabat-sahabat yang aku sayangi. Yang lebih menarik, penguatkuasa dan mereka yang menjalankan tanggungjawab juga didoakan kehancuran oleh individu ini.

Teringat aku, di dalam sirah, Abu Jahal juga pernah berdoa di hadapan Kaabah kehancuran terhadap orang Islam sebelum perang Badar seperti berikut.

‎اللَّهُمَّ أَقْطَعُنَا الرَّحِمَ وَآتَانَا بِمَا لَا نَعْرِفُهُ فَأَحِنْهُ الْغَدَاةَ
“Ya Allah, orang yang paling memutuskan tali silaturahim diantara kami dan yang paling membawa ajaran teranih (pemikiran paling sesat) yang tidak kami kenali, maka binasakanlah dia esok hari!”

Bulan Ramadhan adalah bulan kerahmatan. Bulan Ramahdan juga bulan pengampunan. Tambahan pula, pada 10 malam terakhir Ramadhan yang mulia. Jika direzekikan kita berada di hadapan kaabah, apakah doa terbaik yang patut kita lafazkan?

Sudah pastilah doa yang diajarkan oleh Allah di dalam al-Quran. Ketika Nabi Ibrahim AS mendirikan Kaabah, Allah mencatatkan doanya di dalam al-Quran.

‎وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِـۧمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَـٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
“Dan ingatlah, apabila Ibrahim membina Kaabah bersama Ismail, lalu dia berdoa, “Wahai tuhan kami, terimalah daripada kami amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.”

‎رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةًۭ مُّسْلِمَةًۭ لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ
“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah : 127-128)

Begitulah doa yang diajarkan oleh Allah di dalam al-Quran. Bahkan di dalam hadis, Nabi SAW mengajar kita untuk berdoa di dalam bulan Ramadhan dengan doa seperti berikut,

Abdullah bin Buraidah, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha: Bahawasanya ‘Aisyah bertanya kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, Ya Rasulullah, sekiranya aku melihat lailatul qadr, apa yang hendak aku berdoa? Lalu Rasulullah bersabda:

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
“Ya Allah sesungguhnya Dikau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf, Dikau suka memberi keampumam, oleh yang demikian ampunkanlah aku.”
(HR Ibn Majah, disahihkan oleh al-Albani)

Maka dapat dilihat yang ajaran Islam mengajar kita berdoa yang baik-baik. Yang berdoa di hadapan kaabah dengan doa yang bukan-bukan hanyalah amalan kaum musyrikin Mekah seperti yang dicatatkan dalam sejarah.

Amat pelik lagi jijik seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai pembela ummah mendoakan saudara musliminnya dengan doa kehancuran. Bahkan, mufti dan beberapa tokoh lain yang lain juga didoakan dengan keburukan.

Lagi pelik bin ajaib, dia boleh berkasih sayang dengan mereka-mereka yang menghina Nabi SAW, mencaci maki ayah dan mentuanya, “menyembah” penjenayah, dan mengeji pasangannya sendiri secara terbuka.

Adakah mungkin ianya petanda yang kehadirannya ke Mekah ditolak kerana masih berhutang dengan orang yang dia zalimi. Atau mungkin kerana terlalu kecewa kerana kalah dalam politik sehingga mereng dan teleng?

Dapat kita pastikan yang doanya terlalu koyak. Mungkin kerana sudah tiada pendapatan. Masuk mahkamah saman orang pun dapat aiskrim Mat Cool sahaja. Berniaga pun tak laku mana. Buat job cybertrooper penjenayah tak dapat good payment ke?

Kenapa kecewa?

Bukankah rezeki daripada Allah? Takkan tidak yakin lagi? Kalau kita awesome, di mana pun kita, pasti laku. Nampak macam tak laku sampai minta dekat tuhan rezeki orang lain. Sampai lafazkan doa keburukan di dalam Facebook pula tu.

Aku nasihatkan orang ini supaya bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Jadilah muslim yang baik dan manusia yang berguna. Jangan tunggang agama. Jangan tunggang Mekah. Kalau nak doa keburukan, doalah kepada musuh Islam, orang yang menghina Nabi SAW. Barulah justified. Betul tak?

Lagi satu. Kalau kita nak jadi pakar sakit puan, pergi belajar pandai-pandai jadi doktor, buat kepakaran dalam perbidanan. Ini, sibuk nak buat kelas mengajar orang beranak. Sampai dilaporkan terdapat kematian. Innalilahi wa inna ilaihi roji’un..

Apa pun, kita doakan penulis doa ini mendapat hidayah, bertaubat, dan berubah. Semoga dia diberikan kerja yang bermaruah dan halal. Akhirnya berjaya membayar hutang. InsyaAllah..

Kita semua ada pilihan, nak berdoa gaya Abu Jahal dan individu ini, atau doa seperti Nabi Ibrahim AS dan Nabi Muhammad SAW..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.