INILAH MASALAH FEMINIST LEMAH..

I

Lemah akal dan intelek. Juga jahil agama.Dia cuba drag satu per satu isu. Bila masa isteri melayan suami dikurangkan kerana ada isteri lain. Dia masukkan hujah masa dengan anak pula. Bersuara macam faminist, tapi jiwa macam wanita tradisional yang hidup bergantung dengan lelaki.

Dalam Islam, tiada pembahagian hari mengikut jumlah anak. Ia hanya untuk isteri-isteri. Itu pun tertakhluk kepada agreement masing-masing. At the end, perkahwinan itu acceptace. Redha meredhai. Simple. Definisi keadilan orang Islam yang berkahwin kerana agama Islam adalah menurut definisi yang syarak telah arahkan dan tetapkan. Syarat dan kewajiban minimum yang perlu dipenuhi.

Memang besar tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak lebih berat kepada ibu. Itu sebab kalau bercerai, takda masalah. Anak-anak pasti diberikan hak penjagaan kepada ibu. Syurga di bawa tapak kaki ibu, tanggungjawab anak-anak kepada ibu.

Orang tak panggil father tongue. Orang panggil mother tongue. Motherboard, bukan fatherboard. Motherland, bukan fatherland. Begitu kuatnya pengaruh mak. Sampai orang sebut motherf***, bukan fatherf***. Begitu besar pengaruh ibu yang semestinya seorang wanita. Kerana ibulah yang akan mencorakkan warna-warna dalam hidup dan jati diri kita. Sudah pasti lebih daripada pengaruh bapa yang terpaksa bekerja keras untuk kehidupan keluarga.

Tanggungjawab suami atau lelaki pula menyediakan tempat tinggal yang kondusif dan selamat. Makan minum minum yang cukup. Pakaian dan kehidupan yang selesa kepada isteri atau isteri-isteri. Itulah syarat wajib. Selebihnya adalah bonus untuk keluarga mereka.

Kalau sejarah kehebatan Imam-Imam besar kita ditelusuri, Imam Syafie, ayah tiada, ibunya yang asuh. Imam Malik juga dididik oleh ibunya, ayahnya juga tidak dikenali. Imam Ahmad juga dididik oleh ibunya. Aku juga pernah menulis tentang guru kepada Imam Malik, Imam Rabiah Abdurrahman.

Rujuk : https://www.facebook.com/106639804995509/posts/235246585468163/?d=n&mibextid=qC1gEa

Bagitulah, betapa hebat ibu-ibu mereka. Tanpa suami di sisi, mereka mendidik dan melahirkan generasi emas yang nama mereka masih lagi relevan dan disebut-sebut sampai hari ini. Tak kisah sama ada suami keluar untuk misi jihad dan dakwah, atau punya keluarga lain. Misi dan visi mereka melahirkan anak-anak yang hebat di bawah didikan dan asuhan mereka. Adakah wanita hari ini yang penuh dengan resource pengetahuan dan alat bantuan mengajar tidak mampu menjadi sehebat ibu-ibu tersebut.

Ya, memang benar tanggungjawab insan bernama lelaki adalah mencari nafkah, strive, rise and shine. Mereka kena jadi bread winner. Tugas mereka adalah mengubah nasib keluarga. Ada misi dan visi dalam hidup. Juga ada tanggungjawab fardhu ain dan kifayah. Tanggungjawab masyarakat, sosial, dakwah dan jihad.

Maka, tanggungjawab mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak adalah tugas isteri dan ibu. Ya, memang benar ayah atau suami tidak boleh melepas tangan. Cumanya priority-nya berbeza dengan ibu atau isteri yang lebih fokus mendidik dan mengasuh anak-anak untuk melahirkan generasi emas seperti Imam as-Shafie, Imam Ahmad dan lain-lain.

Jadi, aku nasihatkan wanita-wanita yang nak mencari suami yang boleh duduk rumah kerap, terkangkang di rumah boleh berkepit selalu. Carilah lelaki loser yang tidak punya misi dan visi besar dalam hidup. Carilah lelaki yang tak awesome yang boleh tenang-tenang menjadi penunggu dan bibik di rumah.

Aku terbaca perempuan yang penakut, hidup bergantung dengan suami. Sampai tak boleh tidur kalau tiada suami di rumah. Aku tak faham, dalam keadaan kononnya seorang feminist yang independent, benci poligami, rupanya seorang yang lemah atau punya jiwa yang cacat. Aku hairan, sebelum kahwin, siapa pula yang memanjang melekap berdamping dengan dia?

Suami kepada perempuan jenis ni, biasa jenis cap ayam. Yang sekadar kerja 8-5. Tak boleh kerja lebih, tak boleh ambil tanggungjawab lebih. Paling penting, tak boleh berniaga.

Kebarangkalian TB teruk. Perempuan macam nilah yang akan meroyan kalau laki dia buat hal sebab dia loser. Bagaimana suami seperti ini hendak menunaikan tuntuta fardhu ain dan fardhu kifayah. Jika seruan jihad dipalu, bagaimanalah mereka?

Yelah, hidupnya sedih. Bergantung kepada suami, kepada makhluk. Kalau suami mati, jenis nilah yang meroyan dan meratap lebih. Walhal wanita awesome tidak menjadikan dirinya loser yang berharap kepada lelaki lemah. Apa pun semua ini adalah pilihan masing-masing dan perjanjian masing-masing.

Kalau rasa dikhianati. Ada exit clause dalam Islam. Tak perlu merentan. Kalau taknak suami yang alpha macam singa jantan yang mengawal kawanan di tanah lapang berperang dan berlawan, carilah jenis tikus yang memerap di dalam lubang bawah tanah dan menyorok bersama keluarganya.

Soalan adakah pembahagian giliran hari mengikut jumlah anak? Tiada. Semua itu bergantung kepada kefahaman dan perjanjian masing-masing. Anak-anak kurang kasih sayang? Itu kata korang. Ramai je anak-anak takda ayah ibu survive dengan baik. Yang ada ibu ayah dan ayah tak poligami pun ramai bermasalah.

Nasib baiklah bukan semua perempuan loser macam tu yang tak boleh tidur seorang diri. Kalau tidak, para prajurit dan tentera yang terpaksa menjaga perbatasan wilayah negara tidak akan dapat isteri. Pilot-pilot dan crew penerbangan, kapten-kapten kapal dan crew kapal, orang offshore, regional manager yang terpaksa travel meronda setiap cawangan syarikat di dalam dan luar negara, tak boleh kahwin.

Argument tersebut sebenarnya lemah dan menghina akal daripada orang yang emosi yang sebenarnya cuba menolak hakikat hukum tuhan terhadap lelaki yang dibenarkan berkahwin lebih. Mereka pasti tidak lebih baik daripada isteri-isteri para sahabat Nabi SAW. Suami-suami mereka pula bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan para sahabat Nabi SAW yang telah mengorbankan jiwa dan masa mereka untuk agama ini.

Akhir kata, kalau laki korang lemah, loser, pemalas, dan ayam, jangan assume semua lelaki sebegitu. Yang awesome dan rare itu masih ada..

Rilex..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.