Kalau ke mahkamah, Kak Celoteh Dr Malar suka sangat duduk sebelah aku. Lepas tu dia cakap,
“Aku memang tak suka kau lep. Tapi kenapa aku nak duduk juga sebelah kau..”
Aku gelak je. Lepas tu kami akan bersembang pasal kehidupan sebelum mahkamah bermula.
Tiba-tiba, terbau kepam macam orang tak mandi setahun. Bau macam bangkai tikus mati. Tembus mask aku, menusuk hidung. Terus aku pakai double mask. Aku pasti bau tersebut datang daripada external.
Aku ni jenis wajib mandi dan pakaian aku hanya pakai sekali sahaja. Di Adelaide dulu pun aku mandi sebelum subuh hatta masa winter. Masa ke Iceland mencari aurora di musim sejuk pun sama. Mesti mandi. Perfume pula, aku memang Layby.my setiap tahun.
Lepas habis court, aku jumpa sahabat-sahabat yang jadi peguam pemerhati dan saksi. Diorang kata diorang pun terbau benda yang sama. Haziq DSubhi sampai ke tandas termuntah sebab tak tahan. Dia jenis pakai mask murah.
Lepas tu, aku flashback balik, dari mana datangnya bau tersebut. Aku ingat balik, sedang aku duduk-duduk, bau itu hadir. Aku lihat lembaga berbungkus hitam. Terkodek-kodek masuk. Macam toyol gemuk. Aku dengar mahkamah jenayah memang ada kes-kes black magic ni.
Terus duduk di ruangan peguam. Mustahil peguam tak mandi dan busuk. Mungkin saka atau hantu raya. Tergaru-garu macam orang ada penyakit kulit yang serius. Bila makhluk itu tiada, mahkamah takda bau busuk, bila dia ada bau itu hadir kembali.
Entahlah..
Dunia metafizik ini memang susah aku nak faham. Mungkin Azizan Osman boleh terangkan. Sebab dulu dia ada PhD Metafizik. Mungkin gang Antivaksin yang menyokong Bainun dan penghina Nabi SAW pun boleh terangkan.
Maklumlah, diorang itu ahli psuedoscience dan flat earth society. Mereka dekat dengan metafizik. Aku tak kisah semua itu. Yang paling penting, gopren aku wangi dan syantik.