KENAPA ZAMSAHAM WAJAR DIHORMATI?

K

1. Dia seorang sifu saham yang berjaya dan sedang merencana syarikat-syarikatnya untuk ke IPO.

2. Dia juga seorang ahli perniagaan yang versatile. Dia ada rantaian hotel, kedai kopi, kilang makanan, rantaian kedai kopi, kilang beras, dan yang paling padu, pemilik 2 kelab bola di Kelantan dan Riau!

3. Dia merupakan graduan Oxford University yang ada gambar convo. Sudah pasti ilmunya bukan kaleng-kaleng dalam perniagaan dan pelaburan.

4. Dia seorang jutawan Melayu yang dipercaya ramai orang untuk meletakkan wang beratus-ratus ribu untuk bersama-samanya melakukan serangan maghrib dan pre-IPO.

5. Yang paling menunjukkan dia steady adalah apabila pelabur sudah hilang kepercayaan terhadapnya, dia steady nak pulangkan balik dan tak hadir ke mahkamah. Boleh tanya Puan Nita Sahari.

6. Cumanya, untuk tunjuk yang korang bersungguh-sungguh nak keluar, korang kenalah menunjukkan keseriusan korang dengan buat polis report, SC report, dan ambil tindakan undang-undang.

7. Aku percaya Zamsaham sebagai sebagai seorang jutawan hebat akan segera memulangkan duit pelaburnya setelah benar-benar rasa yang pelaburnya sudah hilang kepercayaan. Kira dia macam PM yang gentle la, orang dah hilang kepercayaan, dia letak jawatan je.

8. Kehebatan Zamsaham tidak dapat dinafikan dalam kepimpinannya menerajui staff-staff dia. Dia tak bagi muka staff-staff dia nak main-main. Dia bagi 3 minit saja untuk respond. Korang pernah dapat boss camni?

9. Dia juga tetap mempertahankan keputusannya memaki staff dia yang culas walaupun telah viral dan dikecam hebat. Ini menunjukkan dia sangat berprinsip.

10. Aku doakan Zamsaham berjaya ke IPO dan memulangkan kembali pelaburan yang dibuat oleh pelaburnya yang sudah hilang kepercayaan terhadapnya. Jangan dilayan gagak-gagak yang tidak faham erti pelaburan pre-IPO.

Betul tak kawan-kawan sekalian?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.