Semalam beriya-beriya walanjak kata dah refund masuk dalam e-wallet Misi. Aku bila dengar masuk dalam wallet Misi, terus aku tergelak. Sebab itu semua visual saja, bukan dah transfer ke bank account walanjak.
Diorang bagi alasan, Sabtu Ahad bank tak jalan. Aku malas nak argue. Aku juga berniaga. Online banking jalan je macam biasa. Boleh je transfer online. Bahkan boleh buat bulk transfer kalau account current company. Tapi, walanjak kan takda akal.
Semalam dengar kena hack. Aku dengan #MindaSkeptikal memang nak tergelak. Aku tau itu hanyalah kelentong. Time duit masuk laju-laju. Tak kena hack, time orang nak refund, kena hack. Lagipun, dia kan pakai Bubble. Takkanlah Bubble punya server ayam sangat.
Tapi selepas menjalankan sedikit testing. Aku dapati Misi tak kena hack pun. Janganlah hina hacker macam Nik Izwan Kamel pergi hack divert landing page saja. Takda hacker buat kerja bodoh macam tu. Itu jelas-jelas admin sendiri yang buat.
Just tanya, ke duit tu dah pakai buat kedai tomyam? Dah dipakai? Anyway, no issue pun since masa dia raise pun, dia kata derma. Walanjak-walanjak sekalian pasti gembira. Betul tak?
Pengalaman aku follow kes-kes scam ni. Biasanya masa nak tutup je, terus claim kena hack. Sebab taknak refund..
Hi, aku tanya apa khabar? Saya dari masa depan..