YA, KAMI ADIK BERADIK MEMANG NAK BETUL JE!

Y
😛

Pagi ni ada orang forward tangkap layar ni. Katanya dari group penunggang Melayu dan Muslim. Katanya aku dan kakanda aku, Dr. Imelda Balchin perangai sama sebab nak orang dengar pendapat kami je.

Kenapa kami betul je dalam sosmed ni? Sebab bila kami tulis, kami tulis dengan ilmu, pengetahuan, pengalaman, pemerhatian dan keikhlasan. Fact check done! Kebarangkalian nak silap itu sangat minimal. Lagipun, kan kami tulis di wall kami, bukan wall orang lain. Mestilah kami nak sampaikan idea dan pendapat kami.

Apa kami dapat kritik-kritik dan lawan-lawan dalam Facebook ni? Bukankah lebih baik kami tulis indah-indah, comel-comel, geli-geli, biar semua orang suka. Semua orang impress. Mungkin kami boleh jual supplement atau ubat kurus, kulit putih, tenaga batin barangkali.

Kami tak dapat duit pun melawan para scammer. Scammer perubatan, scammer ayam, scammer pendera, scammer hamster, scammer lebai dan scammer bmf. Bahkan duit kami yang habis disaman. Masa kami habis melayan kebodohan-kebodohan yang takda dalam jadual kehidupan kami.

Siapa tak suka kami, boleh unfollow dan boleh block kami. Nak kami tolong block pun boleh. Tak payah la nak announce yang kau dah unfollow kami. Kami pun tak kenal siapa anda. Kami kekal hidup macam biasa. Bekerja dan berbakti kepada negara.

Kalau rasa kami salah, takpalah. Mungkin kita berbeza pandangan. Agree to disagree jela. Kami bukan under payroll korang atau korang pernah derma untuk kehidupan kami. Kan? Korang yang sakit jiwa dengan kami pun tak perlu datang ke wall kami. Hidup korang takkan lebih bahagia pun selepas datang ke wall kami.

Betul tak?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.