KENAPA LANGAU TIDAK BERSIFAT SEPERTI MANUSIA BERTAMADUN?

K

Kalau kau perasan, bila kau mengkritik langau, kau akan diserang oleh segerombalan langau yang berwarna hijau. Kau akan dimaki, dihamun, difitnah, dispam, diflood, dan sampai ketua langau, Mat Telur juga datang.

Bukankah mereka kumpulan patuh syariah yang ketua mereka menjadikan Al-Quran sebagai pedoman. Dijaja Quran dan patuh syariah di mana-mana saja. Tapi tindakan dan akhlak mereka nampaknya jauh lebih hina dari babi dan kera.

Jika akhlak Islami diambil kira untuk sesebuah produk itu mendapat sijil patuh syariah, cap langau pasti gagal. Cuba kau screenshot segala sumpah seranah mereka, fitnah-fitnah mereka, penipuan-penipuan mereka, kau hantar kepada Dr. Zaharuddin (Uzar).

Tapi kau harus tahu, langau-langau hijau itu tidak akan jadi begitu jika mereka tidak dididik dan diajar sebegitu. Imej di bawah itu contoh sahaja. Budak itu buka kedai topup, dia baru bertanya sikit saja, dah dibaling dalam group langau-langau.

Mat Telur biasanya akan screenshot dan letak di group langau-langau hijau. Apa tujuannya? Supaya langau-langau yang takda akal ini akan menyerang dan memaki hamun target yang dia letak. Habis semua mereka akan ganggu. Mereka cuba untuk melakukan cyberbully sampai pengkritik diam.

Aku tak pernah pula lihat Mat Telur menyuruh langau-langau hijau dia berakhlak seperti akhlak patuh syariah. Yang pasti dia sendiri menyebar fitnah dan memaki hamun orang. Dia Mat Bankrap, ada imuniti nak kata apa kan? Harap ada imuniti dalam dosa pahala juga.

Bapa borek, anak rintik. CEO kencing berdiri, langau berak berlari. Mat Telur tunggang agama, langau dusta agama. Bak kata sahabat aku,

“CEO yang bodoh, dapat follower bangang.”

Atau mungkin langau-langau semua adalah bekas ahli gelang ajaib yang telah kena side effect menggunakan gelang ajaib Edymium milik Mat Telur.

Ada sijil patuh syariah tidak bermakna mereka patuh kepada syarak. Biasanya hanya untuk menunggang marketing sahaja. Jadi, tungganglah dengan bijaksana dan penuh akhlak.

Akhukum fillah.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.