NON PARTISAN DALAM SEJARAH ISLAM

N

Ketika pertelingkahan Ali RA dengan kumpulan Aisyah RA dan Muawiyah RA. Di manakah majoriti para sahabat Nabi SAW?

Bersama-sama Ali? Aisyah? Atau Muawiyah?

Majoriti para sahabat Nabi SAW berlepas diri. Menjadi non partisan.

3 Abdallah yang unggul, Ibu Abbas, Ibnu Umar dan Ibu Mas’ud langsung tidak terlibat.

Mereka ada mengkritik, mereka ada memuji setiap pihak.

Begitu juga ketika zaman Hassan dan Hussin dengan Yazid anak Muawiyah.

Di mana 3 Abdallah yang unggul itu? Di mana Usamah ibn Zaid RA cucu angkat Nabi SAW.

Nak panggil mereka lalang? Tiada prinsip?

—-

Realiti di Malaysia pula..

Apabila kita melihat ada parti menunggang Islam, ada parti menunggang keadilan dan konon melawan korupsi. Terjadi pula gabungan yang kononnya direstui oleh waliyul amri.

Orang bijak dan berakal yang tidak taasub dan tidak boleh dibodohkan oleh doktrin politikus, wajar bersikap non partisan yang cakna politik menilai baik dan buruk, akhirnya berijtihad untuk diri sendiri demi kemaslahatan diri, agama, bangsa dan negara.

Pilihan pada tajuk, pada kondisi, pada kajian dan analisis.

Kenapa #TaikPolitik benci #NonPartisan, sebab kita tak wala’ dengan parti mereka. Mereka mahu kita sama-sama jadi bodoh macam mereka.

Sanggup justify dan tengok politikus mereka naik Mercedes, beli LV, dapat bonus, dapat gaji elaun. Yang kau sendiri, hutang kawan pun tak bayar lagi.

ps : Tapi kan, zaman Ali, Muawiyah dan Aisyah, mereka wala’ pada ahli syurga, sahabat-sahabat Nabi yang agong. Hari ini kau nak wala’ dengan lebai? Scammer? Banduan? Penipu? Pendusta?

Come on..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.