Pandangan begini aku dah expect. Maklumlah, memang terdapat manusia bermentaliti toksik sebegini. Aku tak pernah kisah pun. Aku harap dia mungkin boleh buat yang lebih baik dekat company dia.
Idea aku buat program tu adalah untuk mencari orang muda yang mewarisi perjuangan aku. Kalau ada berfikiran seperti mamat ini, janganlah apply. Yang apply mestilah kena percaya aku. Bukan aku paksa pun. Siapa berminat, ke mari. Siapa tak suka jangan datang. Simple.
Aku mempertaruhkan nama aku dan jenama SCRUT untuk program ini. Takkan aku nak buat main-main. Takkan aku nak kasi gagal. Itu sebab aku tak cari staff level biasa-biasa. Kalau ada, ada. Kalau sanggup, datang. Kalau tak percaya, sudah. Ini program untuk aku groom. Bukan nak cara staff biasa.
Lagipun company-company di bawah SCRUT bukanlah macam company dia atau yang dia pernah kerja yang company paidup pun RM2 sahaja. Company-company related dengan SCRUT ni mainly paidup semua RM1mil dan ada aset. Jadi, proses grooming ni perlukan manusia yang berjiwa pemenang.
Aku punya cara berfikir macam ni. Kalau ada orang complain atau komen negatif, aku harap yang cakap camtu better daripada aku lah. Dah buat program yang lebih baik dan dah ada staff yang ramai lah. Tapi kalau sekadar nak menabur negativiti, aku kira dia ada niat jahat. Jadi, aku akan semak dulu dia siapa dan apa kejayaan dia.
Tapi takpalah, since dia kata program aku tak bagus dan tak boleh dipercayai. Aku kenalkan korang kepada dia. Mana tau korang nak cari kerja, dia ada company nama Rezqiss Construction, paidup RM2, buka tahun 2017, sampai hari ini tak audit lagi. Korang bolehlah contact dia. Mana tau dia boleh bagi korang peluang yang lebih baik.
Lagipun nampak macam dia pejuang hak pekerja yang baik. Majikan macam ni bagus. Mungkin dia boleh bagi gaji tinggi dan kadar kenaikan yang pantas dalam masa 5 tahun sahaja. Boleh kerja rilex-rilex. Korang yang pm-pm tepi aku tanya ada kerja lain ke tak, korang contact la dia. Dia mungkin bakal majikan yang jauh lebih baik daripada aku.
Oh ya, program yang aku buat tu, aku sendiri yang akan guide dan lead, aku sendiri yang akan susun, aku sendiri yang akan jaga, aku sendiri yang bertanggungjawab penuh. Aku dulu, boss aku kat Australia yang groom, so aku nak buat benda yang sama untuk anak muda yang aku pilih nanti. Kalau percaya aku, marilah. Kalau tak percaya aku, takpa.
Kita boleh teruskan hidup dan cuba memberi manfaat kepada orang lain. Aku ni jenis malas nak complain, aku cuba solve setiap masalah yang berlaku. Program Zero-To-CEO itu adalah untuk menyelesaikan masalah aku, iaitu mencari pewaris aku. Sesiapa saja yang aku rasa layak, aku akan ambil.
Itu saja..
Tak suka takpa, harap yang tak suka tu lagi better daripada aku lah..
Kalau tak, aku akan gelakkan kau je..
Kah kah kah!