Semalam karkun glamor, Ali Russia ada maki aku di wall aku. Lepas aku tiaw dia, dia edit kasi nampak murni sikit. Member aku tanya,
“Apsal Ali Russia tu? Bukan dia karkun ke?”
Aku tergelak.
Teringat aku kata-kata Maulana Umar Palanpuri Rahimahullah, (lebih kurang camni)
“Orang yang keluar jemaah (khuruj), dalam jemaah dia macam malaikat, tapi selepas pulang, dia jadi setan. Ibarat orang munafik. Walhal, tujuan khuruj adalah menjadikan ketaatan ketika khuruj itu di luar khuruj.”
Itu sebab aku panggil Ali Russia “karkun munafik”. Inilah bahana karkun-karkun langgar tertib eldest atau masyaikh. Masyaikh dan eldest Jemaah Tabligh tak pernah izinkan atau redha dengan populariti, video-video, gambar-gambar. Diceritakan Hazrat Ji Maulana Inamul Hassan marah orang menangkap gambarnya.
Tapi melihat karkun-karkun modern dan rock lahir sejak akhir-akhir ini, aku faham sangat dah, itu semua karkun yang gagal mengamalkan gagasan Jemaah Tabligh yang sebenar.
Ali Russia ini marah sebab aku sebut pasal Art of Speed. Aku taktau apa salah aku. Tapi aku pasti event Art of Speed mengumpulkan barang-barang outlaw. Since tauke dia, Asep tu pernah komen dekat wall Nik Izwan Kamel untuk dispute SCRUT Army macam dia seorang yang law obidient citizen.
Aku tak peduli pun. Pada aku mudah, untuk berlaku adil, tanpa mengira apa event, pukat wajib dipasang setiap kali event permotoran. Aku nak tengok adakah penganjur, peserta dan hadirin akan happy apabila jalan disekat di sekeliling event. Be fair to everybody.
Aku bukan budak RXZ, aku tak minat RXZ, aku tak pernah suka pun. Jangan jadi bebal ingat aku budak RXZ, aku gelak je. Aku gang Axia Kompang je. Aku juga jenis tak minat acara ramai-ramai orang. So, aku takda kepentingan dengan apa-apa event. Komen aku adalah pandangan aku yang ikhlas. Siapa terkena, siapa terasa, own it.
Berbalik kepada perangai karkun Ali Russia yang kurang ajar itu. Ia tidak mencerminkan akhlak atau anjuran Jemaah Tabligh (JT). JT tidak ajar maki hamun orang secara melulu macam dia buat. JT ajar 4 sifat. Apabila Ali Russia tak tau pasal 4 sifat, aku rasa dia ni poser or penunggang saja.
4 sifat itu adalah zikir, fikir, syukur dan sabar. Nak aku syarah ke? Haha. Takyahlah. Pasal 6 prinsip JT itu atau 6 points. Dulu memang dipanggil 6 sifat sahabat. Tapi telah di-dispute. Sifat sahabat bukan 6 itu sahaja. Itu sebab ditukar kepada 6 prinsip, 6 qualities.
Tapi, kalau nak pakai 6 points yang di dalamnya ada Ikram al-Muslimin. Iaitu memuliakan kaum muslimin. Korang tau tak, kalau masa bayan hidayat (tazkirah sebelum khuruj), diulang-ulang supaya sentiasa zikir, fikir, syukur, dan sabar.
Kalau kena maki, ucap alhamdulillah. Kena ludah, istighfar. Kena baling batu, kena gembira sebab Nabi SAW ke Thaif dibaling batu. Balik ke masjid doa hidayat, doa nangis-nangis kepada orang yang menzalimi kita. Begitulah ajaran ikram al-muslimin JT yang super indah.
Ali Russia ada bawa ajaran JT yang begitu indah dalam kehidupan dia, dalam berinteraksi dengan aku? 4 sifat pun dia dah lupa. 6 points – Ikram Muslimin dia tak buat. Kenapa? Sebab dia pakai jubah hanya fashion, dia khuruj nak happy-happy dengan artis-artis. Itu sebab dia gagal bawa ketaatan ketika khuruj di luar khuruj kot.
Ke memang JT – Maulana Saad memang dah lain? Tak macam dulu selepas berpecah dengan ‘Alami Maulana Ahmad Lat? Ali Russia ni gang mana? ‘Alami ke Nizamuddin? Macam pelik je perangai dia.
Aku nasihat Ali Russia supaya bertakwa kepada Allah, jangan tungga agama. Amalkan ajaran JT sepenuhnya, baru jiwa tak rosak. Macam ada conflict, nak jadi setan ke nak jadi malaikat. Tengah-tengah jadilah “munafik”.