TERIMA KASIH BUAT PUAN EIFA DARIPADA GENTING SKYWORLD

T

Beberapa hari lalu, aku telah membawa anak aku ke Genting SkyWorlds untuk short trip since aku dah lama tak bawa dia berjalan dan dia memang suka tempat sejuk. Maklumlah, dia lahir di negara sejuk.

Anak aku yang ini ialah anak OKU austisme. Dia hanya makan makanan dia sahaja. Dia hidup di dalam dunianya. Biasanya, bila aku bawa dia travel, di airport atau luar negara, aku akan request special lane. Selalunya, aku tiada masalah mendapatkannya.

Bukan sebab aku mengada-ngada. Tapi aku takut anak aku tantrum. Anak-anak ini, dia tak boleh tunggu lama-lama. Kalau dia dah mengamuk, habislah. Setibanya aku di pintu masuk, aku terus kasitau penjaga gate,

“Dik, anak saya ni OKU autisme, boleh tolong buka pintu OKU ni. Ini tiketnya.”

Dia seboleh-boleh nak paksa anak aku ikut pagar dia yang kena thumbprint tu. Dia juga bertegas kata tak boleh bawa masuk makanan luar.

Aku kasitau dia,
“Dik, anak saya ni makan makanan dia saja. Dia OKU autisme. Tolonglah faham. Tunjuklah sikit sifat kemanusiaan.”

Dia kata dia faham. Tapi dia paksa aku tak bawa masuk makanan anak aku. Dia juga paksa anak aku thumbprint which akhirnya gagal dan terpaksa buka pintu OKU. Makanan anak aku terpaksa aku buang.

Aku yang rasa tak gembira terus tulis complain, di web, email, di wall Facebook, messenger dan whatsapp customer service. Harapan aku simple, kalau memang Genting Skyworld tiada polisi atau toleransi kepada anak-anak OKU, terus terang. Kalau aku perlu bayar lebih untuk anak OKU ini dapat special treatment, aku akan bayar lebih.

Aku ke Genting pun untuk dia. Aku nak dia happy, aku taknak dia tak happy. Tapi pintu masuk telah menyebabkan aku berasa gelisah. Memang masih ramai orang Malaysia yang masih gagal faham tentang autisme rupanya.

Aku tak marah. Tapi aku kecewa dengan sikap mereka yang gagal faham dan tidak mahu faham tentang autisme. Apabila aku request hendak bercakap dengan manager-nya, dia kata dia supervisor dengan begitu angkuh.

Sejurus complain aku dibuat di wall Genting Skyworld, aku terus dihubungi oleh Pn. Eifa, pengurus daripada Guest Service. Dia terus minta maaf dan menghantar seorang staff dia bernama Shazira untuk menjadi escort kepada kami.

So, selepas Shazira datang, kami tak payah Q untuk main apa-apa ride. Alhamdulillah, anak aku happy dan excited setiap ride yang dia main sebab tak payah beratur dan tunggu lama.

Apa yang aku nak sampaikan adalah kecekapan dan kepantasan Pn. Eifa mengambil tindakan sangat dipuji. Dia faham dan cuba faham apa yang aku request. Yang paling utama, sifat toleransi dan insani yang ada pada dirinya membuatkan aku berasa yang Genting Skyworld masih ada manusia.

Yang menariknya, Pn. Eifa ini sedang bercuti. Hebat! Tengah cuti pun jaga sosmed lagi. Kudos untuknya! Aku nak ucapkan terima kasih kepada Pn. Eifa kerana ada akal empati yang tinggi dan memberikan layanan insani kepada anak OKU aku ini.

Aku berharap, setiap orang di muka bumi ini mempunyai sifat manusiawi, jiwa insani dan penuh toleransi terhadap anak-anak OKU dan parents kepada anak-anak OKU ini. Tiada apa yang kami mahukan terhadap anak-anak ini selain daripada melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka. Simple!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.