SIAPA LELAKI LOSER?

S

Lelaki yang marah aku menyatakan kebenaran tetang suami tiada hak ke atas handphone-laptop isteri ialah lelaki yang loser, jahil dan insecure.

Pada hari ini, handphone-laptop adalah item personal, private adan confidential. Di dalamnya bukan hanya ada komunikasi suami dan isteri sahaja. Tetapi lebih daripada itu. Ada email, ada gambar, ada file dan macam-macam lagi yang mungkin berstatus p&c.

Ada komunikasi, informasi dan data kerja yang diamanahkan, jika bekerja. Ada komunikasi dengan kawan-kawan yang secara dasarnya between you-and-me sahaja jika berkawan. Ada komunikasi dengan keluarga yang mungkin privacy keluarga.

Dalam hidup ini, ada perkara yang kita nak privacy, ada yang kita tak kisah. Hak komunikasi tersebut adalah hak diantara kedua belah pihak. Kau mungkin kata ok, pihak satu lagi tu allow ke?

Contoh 1
Apabila aku berkomunikasi dengan Mahmud Rayqal Iskandar (bukan nama sebenar), aku nak Mahmud Rayqal Iskandar yang sahaja tahu. Kalau aku nak orang lain tahu, aku add dia masuk dalam group. Kalau call, aku buat group call. Tapi, kalau Mahmud Rayqal Iskandar allow handphone dia dibuka oleh gopren-nya, maka komunikasi aku dengan dia mungkin akan di-breach. Pecah amanah atau breach privacy boleh berlaku.

Contoh 2
Aku sebagai majikan memberi arahan melalui whattsap dan dokumen kepada staff bernama Nora Asyikin Sufian (bukan nama sebenar) untuk dia uruskan dengan authority. Di dalamnya ada data gaji aku, income syarikat dan gaji pekerja lain. Jika Nora Asyikin Sufian membenarkan boipren-nya mengakses handphone-nya, amanah yang aku berikan kepadanya akan di-breach. Pecah amanah dan breach privacy boleh berlaku.

Contoh 3
Aku sebagai abang dalam group keluarga aku bersama-sama adik beradik kandung aku. Di dalamnya bercerita tentang pakcik aku rembat tanah mak aku. Hal ini personal, private, confidential dan hal keluarga. Tetapi, apabila adik aku yang bernama Haziq Akmal Emirullah (bukan nama sebenar) yang takut bini memberikan password kepada isteri-isterinya, maka komunikasi yang asalnya diantara kami-kami akan terbuka kepada isteri-isterinya pula.

Contoh 4
Aku ada group “Nordin Darwisy Sulaiman Hassan Nak Nikah Siam! (bukan nama group sebenar.) Di dalamnya berbincang tentang ilmu hitam yang rahsia diantara kami. Jika Nordin Darwisy Sulaiman bagi handphone dia dekat anak dia main game, peluang bini dia yang ada penyakit mental untuk membaca perbincangan tersebut. Maka, rahsia ilmu hitam itu akan terbocor kepada kaum wanita.

Contoh 5
Ada sahabat bernama Haniff Isaac Ibrahim (bukan nama sebenar) minta advise di dalam whattsapp, katanya,

“Bro, bini aku meroyan, apa jampi ruqyah boleh baca?”

Jika aku membenarkan isteri-isteri aku membuka phone aku, tahulah mereka nanti yang sahabat mereka bernama Rokiah Joyah Taasiah (bukan nama sebenar) tu kuat meroyan. Atau mungkin mereka pula sampaikan kepada Rokiah Joyah Taasiah. Dah nanti bergaduh laki bini.

Itu sebablah ulama’ telah memfatwakan keharaman handphone pasangan dibuka oleh pasangan masing-masing. Itu sebablah nak buka handphone-laptop orang perlu kepada perintah mahkamah. Sesiapa pun tak boleh buka tanpa izin pemiliknya.

Kata Mufti UAE,
“Islam telah pun malarang perbuatan itu (buka handphone pasangan tanpa kebenaran) sebelum manusia wujud lagi.” kata Dr. Ali Ahmed Mashael, Mutfi Besar di Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Jabatan Kebajikan di Dubai (IACAD)

Pasangan kita bukan Nabi SAW yang maasum. Mungkin kau kata dia takkan buka. Tapi dia tetap manusia. Bila ada peluang dan ruang, dia mungkin akan buka dan selongkar. Unless pasangan kau tu Nabi SAW lah.

Korang nak contoh lagi ke? Cukuplah, kalau tak faham juga, memang kau born loser.

Itulah aku dah pesan, perkahwinan ni bukan pemilikan penuh, pasangan kita bukan hamba yang kau boleh memiliki sepenuhnya. Dia ada hak, had dan dia ada amanah yang dia kena pegang secara langsung atau tidak langsung.

Unless, korang putuskan hubungan dia dengan majikan, maksudnya suruh berhenti kerja, duduk rumah, kau sediakan segala-malanya atau kerja dengan kau je, putus hubungan dengan family, putus hubungan dengan kawan-kawan dia, kawan dengan kau je, atau larang dia pakai smart phone, gadjet atau laptop. Go back manual!

Tapi, itu pun kau tak boleh selongkar fail-fail dia, tetap salah!

Sebelum nak cerita pasal amanah dan integriti, jaga phone sendiri dulu. Jangan jadi macam kisah seorang pegawai tinggi kerajaan tu, bini dia buka phone dia, lepas tu cerita kat kawan-kawan dia yang ada operasi.

Ingat lagi tak?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.