(Persoalan dan fakta sebenar)
Rasanya ramai yang kenal Akademi Al-Khayr ini daripada kempen dan promosi Dr. Ahmad Kamil bin Jamilin atau Dr. Kamilin Jamilin (DKJ).
Aku percaya yang menghantar atau bercita-cita nak menghantar anak-anak mereka ke akademi tersebut kerana DKJ dan kerana terkagum dan terkesima dengan video-video anak-anak murid DKJ di Home Tahfiz Darul Siddir (setelah itu djnamakan Home Tahfiz DKJ).
Mustahil mereka berminat dengan AAK sebab Ali Konspirasi kan? Ada ke parents yang nak hantar anak-anak ke AAK disebabkan Ali Konspirasi? Kalau ada, depa memang lain level. Mungkin penganut tegar ajaran sesat akhir zaman versi Ali Konspirasi.
Sejarah asal AAK diuruskan oleh 2 orang ini, Mohd Khairi Awang (MKA) dan Ali Konspirasi. MKA dan Ali ni, kedua-duanya aku kenal lama dah. Katanya mereka berdua dah spend seorang RM250,000 (total RM500,000) untuk membaik pulih sikit dan dan beli barang-barang untuk memulakan AAK di premis Jalan Kebun itu. Entah betul atau tidak mereka dah belanja RM500,000? Aku tak percaya! Unless dibuktikan.
Tapak di Jalan Kebun itu adalah milik Al-Khaadem yang sebelum ini menjadi pusat penjagaan anak yatim dan asnaf yang dipanggil Home of Hope (HOH). Segala infra yang ada, bangunan asrama, dewan dan lain-lain semua itu telah lama dibina, milik Al-Khaadem. Siap dah ada CF! Bukan AAK yang bangunkan. Al-Khaadem yang memberikan izin mereka menjalankan AAK di tapak tersebut secara PERCUMA! Takda bayar sewa tau!
Cumanya Al-Khaadem ada minta kuota, setiap 10 orang student 1 kuota Al-Khaadem. Al-Khaadem pun tak bagi buta sebab MKA dan Ali. Mestilah sebab ada DKJ juga. Jadi basically yang kita semua telah setuju adalah AAK adalah DKJ. DKJ adalah AAK. Semuanya disebabkan DKJ. Kepercayaan adalah kepada DKJ.
Malangnya, MKA dan Ali Konspirasi telah breach banyak perjanjian dengan Al-Khaadem dan mereka diminta tarik diri, pulangkan balik HOH kepada Al-Khaadem. Ketika itu juga, Ali Konspirasi telah mula membawa ideologi sesat seperti dajjal boleh jadi macam venom, rasuk sana sini dan Al-Mahdi telah muncul, Bin Hashim dan lain-lain. Mestilah Al-Khaadem takut puak ni doktrin anak-anak tahfiz tu kan?
Maka perjanjian baru dibuat dengan DKJ dengan syarat tiada penglibatan Ali Konspirasi. Itu sebab surat termination Al-Khaadem diberi kepada DKJ. Macam aku dah sebut sebelum-sebelum ini, DKJ juga melanggar perjanjian. Itu sebab ditamatkan. Antaranya masih melibatkan Ali Konspirasi dalam pengurusan AAK.
Aku juga difahamkan yang DKJ bukanlah selalu datang ke AAK. Ada yang kata DKJ sekadar menjadi model, ada yang kata maskot. Hal ini mungkin benar kerana dapat kita lihat tiada product sehebat product seperti di Darul Siddir yang dilahirkan di AAK. Ibubapa dan Al-Khaadem percayakan DKJ tapi DKJ dikatakan sibuk ke sana sini, siap pergi Worldcup lagi.
Semua perkara ini aku dah buat cross-check fakta dengan beberapa pihak yang tsiqah. Lagipun, logiklah. Takkanlah Al-Khaadem nak terminate kalau DKJ tak langgar perjanjian. Common sense-lah. Tolong jangan hina akal sangat.
Persoalan yang aku nak lontarkan adalah AAK ini dibuat untuk buat untung, cari makan, atau fi sabilillah macam Darul Siddir? Darul Siddiq fully funded by Tuan Haji Zulhisham Ayob. Tanpa sesen pun yuran. Jika AAK ini fi sabilillah, tak sepatutnya ambil yuranlah. Yuran AAK ini bukan kaleng-kaleng, hampir RM1k sebulan. Tanpa sewa premis tau!
Maka jelaslah AAK ini entiti business. Bukan Ali fund, bukan DKJ fund, bukan sesiapa fund. Yang pasti DKJ dah beli kereta baru. Dah beli rumah baru dan dah renovate rumah baru. Takkan dia nak pindah Penang nanti? Yang dekat pun dia tak kerap datang. Kan?
Katakanlah, pelajar di AAK seramai lebih kurang 200 orang, maka setiap bulan lebih kurang RM180k masuk ke akaun AAK. Belum kira yang online lagi ya. Belum kira juga yang orang infaq. Ya, diorang kutip derma juga tau.
DKJ tak ambil gaji katanya. Benarkah? Aku tak percaya. Mohon DKJ mubahalah je. Kalau benar tak ambil gaji. Cuma dengan RM180k masuk ke account bank setiap bulan, aku kira satu jumlah yang sangat besar. Oh, mereka juga ada deposit RM1,400 sebagai advance dan yuran-yuran lain. Rujuk gambar di bawah.
Bila aku dengar ada yang kata tak cukup, aku tergelak. Aku sebagai business owner, ketika company tengah sakit aku tak keluar pergi jalan. Diorang boleh pergi tengok Worldcup. Maksudnya apa? Maksudnya duit kami banyak lagi. Takyah pening kepala.
Cuma, apa yang menarik perhatian aku adalah integriti DKJ dalam pengurusan dan pentadbiran since dia ialah orang yang diamanahkan. So, disebabkan segala duit yuran dan derma masuk ke dalam akaun bank Al Khayr Management and Services, jadi aku buatlah semakan SSM. Dengan menggunakan Interepo (www.interepo.com) aku mendapati yang Al Khayr Management and Services bukan milik DKJ!
Wow! Duit masuk banyak-banyak, pakai proxy? Langsung tak profesional! Nak lari cukai ke? Since entiti ini hanyalah sole prop partnership, maka kalau LHDN masuk, pasti tersenaklah proksi 2 orang tu. Aku pasti tiada proper account yang sedia untuk audit. Aku difahamkan, 2 orang itu ialah timbalan mudir, dan staff Ali Konspirasi.
Aku juga diberitahu yang mereka berdua juga tidak mengawal bank account tersebut. Jadi, siapa yang kawal? Faham-faham sendirilah ya. Nampak tak? Adakah ini ajaran Islam menggunakan proksi untuk berniaga? Duit infaq pula, subcon ke siapa? ARR Bistro ke? Ada audit?
Aku juga ingin bertanya, adakah semua staff-staff AAK dibayar EPF dan Socso, aku minta korang semua check. Kerana aku dihubungi oleh seorang mantan staff yang memberitahu EPF-nya tidak dibayar. Maka siapa yang nak bertanggungjawab? Proksi?
Apa yang aku boleh simpulkan adalah AAK ini beroperasi secara sangat dodgy. Sudahlah tiada lesen. Jika jadi apa-apa siapa nak bertanggungjawab? Proksi? Itu sebab aku tergelak bila penyembah lebai dan lebai Saudi embassy gebang pasal profesionalisme.
Profesional ke ni? So, siapa yang ajar DKJ buat management macam ni? Ali Konspirasi? Ini cara proper ke? Lebai bingai dan penyembah lebai je rasa hebat dan boleh terima cara pengurusan sebegini.