TIDAK SALAH NGO RATAH DUIT PENDERMA!

T

Ya, tidak salah menurut undang-undang!

Nak ambil 3% ke? 5% ke? 10% ke? 12.5% ke? 20% ke? 30% ke? Hatta 90% pun, undang-undang kita membenarkannya! Tiada undang-undang yang melimitkan berapa banyak pengurusan boleh balon duit kutipan.

Takda! Takda setakat ini! Aku tak jumpa!

Yang ada hanyalah guidelie daripada ROS yang mencadangkan tidak lebih daripada 30%. BNM tak mengaku. Itu sahaja.

So, kita semua sebagai masyarakat yang bijaksana sudah pasti mahu memilih NGO mana yang kita nak percaya. Betul tak?

Bagaimana caranya. Ini yang aku cadangkan. Macam aku buat. Minta..
1. Laporan kewangan/tahunan/audit.
2. Laporan terperinci kos pengurusan/cost of sales/management fee/laporan aset.

Setelah kita mengetahui berapa % NGO itu makan duit korang, dan duit yang dimakan tu diorang guna buat apa? Korang rasa ok, korang teruskanlah menderma kepada mereka.

Contohnya, budak-budak usrah ISMA mungkin tak kisah Aman Palestin bayar gaji CEO, elaun trustee, dan pengursan 5 angka. So, mereka teruskanlah derma ke sana.

Budak-budak usrah IKRAM mungkin tak kisah MyCare (Aqsa Syarif) guna duit penderma bayar tiket first/business class untuk ustaz-ustaz mereka travel. So, diorang teruskanlah menderma ke sana.

Masyarakat perlu tahu apa NGO-NGO ni buat guna duit mereka. Beli aset? Apa keperluan? Digunakan untuk apa? Beli kenderaan? Travel sana sini?

Macam aku, aku kekal dengan prinsip, asas dan falsafah NGO yang asal dan sebenar, iaitu voluntary atau kesukarelawanan. Bukan corporate based, bukan business driven. Kalau tak mampu, jangan buat, pergi kerja, pergi buat business.

Dah kaya nanti, pakai duit kau sendiri bukalah yayasan ke, NGO ke, pump duit kau untuk operasi. Office NGO/yayasan kau nak renovate RM10 juta pun takda orang kisah. Kau nak buat misi travel naik private jet pun takda orang tanya. Orang tau itu semua duit kau!

Betul tak?

Tapi kalau berdiri, duduk dan baring atas duit derma, jangan bongkak dan sombong. Jangan menipu. Jangan kurang ajar. Simple!

Itu dari sudut undang-undang. Dari sudut syariah pula, terdapat unsur tadlis yang gharar dalam kutipan derma kerana jumlah yang akan dibaham tidak diberitahu. Perkara ini salah dan haram di sisi Islam.

Iklan bantuan ke Palestin. Orang yang menderma sangka 100% sampai ke Palestin. Tetapi sebenarnya 30% kena balon dengan NGO buat bayar gaji CEO, management, beli building, beli kereta, naik flight first/business class.

Adakah ini muamalat yang jujur?

Berani tak NGO bagi detailing pengurusan ambil bayar administratif tu? Tunjuk MA, bank statement dan EPF statement. Berani?

Berani tak NGO masa iklan, tulis siap-siap,
“Setiap derma anda kami NGAP 30% untuk perut kami!”

Aku nasihatkan kepada sesiapa yang hidup di atas penipuan derma ini untuk bertakwa kepada Allah. Kalau nak jadi kaya, berniagalah betul-betul. Bina syarikat sehingga jadi kaya macam Warren Buffet.

‎عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ
Dari Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW berkata:
“Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya.”
(HR Bukhari No: 1338)

Lampiran 1 : Warren Buffet sedekah USD50b.
Lampiran 2 : Guideline ROS.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.