CONTOH PEMIKIRAN AHLI ISMA YANG BOLEH MEMBODOHKAN UMAT

C

Untuk berlaku adil, aku share apa yang akak ni intro maki aku. Korang bacalah sendiri. Sebelum-sebelum ini, dia ada mesej marah-marah aku pasal aku kritik Aman Palestin tak audit sampai 5 tahun.

Hujah biasa, hanyalah falasi. Dia nak paksa aku percaya kata-kata CEO Aman Palestin yang tidak logik dan menipu ketika itu. Dia nak percaya penipu, dia nak paksa aku sekali. Lepas kantoi CEO dia menipu. Sonyap! Nak tengok?

Haha!

Kebodohan 1 : Tegur aku macam dia kenal aku.
Aku tak kenal dia. Aku tak ganggu dia pun. Dia yang mesej aku sound-sound aku. Maksudnya, dialah tersakiti. Dakwah aku, penerangan aku, persoalan aku bukanlah untuk orang ISMA.

Target audience bukanlah mereka. Mereka itu sudah lama kita ketahui kebodohan mereka yang agak mustahil untuk diubah. Tetapi, apabila mereka datang ke wall aku, suka cita untuk aku menjawabnya.

Segala tulisan aku hanya untuk memastikan masyarakat atau orang awam yang tidak mengenali ISMA atau Aman Palestin tahu hakikat kebenaran. Tugas aku, kerja aku, dan tanggungjawab aku hanya menyampaikan kebenaran.

Kebodohan 2 : Dia paksa aku puas hati dengan IQ level dia.
Dia puas hati dengan audit yang ada. Itu masalah dia. Tak pelik. Dia orang ISMA. Macam aku dah sebut banyak kali. Walaupun CEO Aman Palestin menipu pun dia still ok. Aku ni entah buat dosa apa entah dengan dia, dia nak sound-sound aku. Aku tak berniaga kutip derm.

Aku memang tunggu laporan audit untuk aku lihat nombor expenses. Sekarang aku persoalkan apa yang digunakan untuk 34 juta itu secara terperinci dan berdokumen. Nak jawab, jawab dengan ilmiah. Taknak jawab, sudah. Biar masyarakat awam menilai bukan ahli ISMA.

Aku hanya nak memastikan masyarakat bijak dan skeptikal dengan NGO. Itu sahaja. Tanya, persoal, dan minta bukti. Sebabnya, diorang bukan minta derma daripada orang ISMA sahaja. Betul tak?

Kebodohan 3 : Dia kata aku tak objektif.
Dia nak tolong justify pasal isu 30% tu tanpa apa-apa dokumn pun. Aku tak pernah kata salah pun ambul 30%, hatta ambil 99% pun. Aku hanya tanya buat apa. Nak detailing je. Kenapa susah sangat nak bagi? Apa yang takut sangat?

Sekarang ini dah confim ada isu syariah. Fatwa dan pandangan pakar muamalat mengesahkan yang perbuatan mengambil fee wakalah tanpa kebenaran adalah salah dan tidak patuh syariah. Maksudnya haram ler.

Ha, kenapa taknak suruh lebai-lebai ISMA yang takda kerja, full time NGO tu jawab atau radd pandangan Ifta Jordan tu?

Kebodohan 4 : Bandingkan NGO dengan business aku.
Dia sebut pasal berapa untung IFMAL, berapa untung SCRUT. Korang boleh check sendirilah di www.interepo.com. Cumanya, setakat ini, banyak kebajikan aku dah buat tanpa aku perlu minta sedekah macam budak ISMA lah.

Alhamdulillah, aku bayar cukai, bayar zakat, dah fly ke banyak negara, bantu ramai orang dengan duit sendiri, total pekerja under company-company aku punya payroll seramai lebih 80 orang tanpa miss, di dalam dan di luar negara. Duit sendiri tau! Bukan duit derma orang ramai!

Aku juga ada office di Indonesia, Australia dan UK. Aku ada lesen fund management, venture capital,

Kebodohan 5 : Join bitcoin?
Kak, takda orang faham blockchain sebut join bitcoin kak! Bodohnya ayat tersebut. Belajar oversea pun bodoh rupanya. Rasa memang layaklah dia ni dibodoh-bodohkan oleh lebai-lebai ISMA.

Aku ajak orang join bitcoin? Ada orang kata? Level ni punya argument gang pakai tudung labuh akak ni. Then orang tak layan. Ni nak habaq, segala network aku dengan Tansri Dr. Daud Bakar, Dr. Zaharuddin, gabenor BNM, menteri-menteri, kp-kp kerjaan, semua tu keketika zaman kami aktif jadi developer blockchain ler. Zaman tu orang cari kami, kami tak cari orang.

Rasanya siapa yang follow aku tau, aku tak pernah bagi involve dengan dunia crypto. Jadah aku nak ajak orang. Ingat tak tagline aku di, www.coin.my dulu?

“Today’s knowledge, tomorrow wealth!”

Kebodohan 6 : Rasa hidup dia bermakna walaupun bodoh.
Walaupun aku tak kaya. Tapi life aku full of colors lah setakat ini. Aku tak perlu merompak duit sesiapa untuk hidup. Aku tak perlu menipu untuk kutip derma. Aku tak sanggup ditipu especsially kaum lebai dan aku berjaya lakukan.

Aku happy naik turun court disaman kapitalis dan menyaman para pemfitnah. Aku tak pernah rasa takut diugut dan diancam dengan saman, laporan polis dan even peluru hidup. Apa aku nak cakap, aku boleh cakap. Apa aku nak sampaikan, aku berani sampaikan.

Aku pernah lawan LHDN dengan penuh bergaya. Tolong adik Bella sampai Siti Bainun dihumban ke dalam penjara. Aku telah mengubah industri automotif negara yang penug penipuan dengan SCRUT. Nama SCRUT tak besar ke?

Selain itu, gopren ramai. Bini pun ramai. Aku nak makan apa, aku telah makan. Aku nak pergi mana, aku boleh pergi. Hidup aku bahagia tanpa aku perlu kisah orang suka aku ke tidak. Tak perlu aku pm tepi orang nak maki hamun orang macam akak ni.

Aku bahagia dengan Axia Kompang. So what?

Kebodohan 7 : Apa aku buat ini baik ke tak untuk Palestinian?
Sudah pasti baik. Selepas ini, Palestin akan dapat lebih sebab NGO takkan berani NGAP lebih sebab masyarakat Malaysia akan jadi bijak. Mereka akan berterima kasih kepada aku indirectly. Tak derma dekat Aman Palestin, tak semestinya tak menderma ke Palestin.

Kebodohan 8 : Dia harapkan keturunan dia tak jadi cam aku.
Perlu kasitau ke? Macamlah orang lain nak anak dia jadi macam gang dia? Jadi bodoh, taasub lebai, dishonest-enabler, makan duit derma, menipu, tunggang dan jual agama.

Siapa nak keturunan korang jadi macam akak ni?
Setakat ni, takda plak aku mesej orang nak tunjuk terer ke, nak maki hamun ke, nak rasa hebat ke, macam akak ini.
At the end, dia sendiri yang tersontot nak ugut-ugut aku dengan laporan polis bagai.
Come on..
Just bring it on!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.