Menurut DBP, orang yang tidak percaya kepada Allah dan Rasul adalah kafir.
Manakala menurut Quran, kafir adalah gelaran kepada mereka yang tidak menerima Islam sebagai cara hidup. Menerima Allah sebagai tuhan dan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan terakhir.
Ia bukanlah perkataan keji atau jahat. Ia hanya panggilan bagi membezakan muslim dan bukan muslim. Sebagaimana sebahagian Hindu memanggil orang yang tidak menerima agama Hindu sebagai Mleccha.
Kenapa Jelutong sakit hati? Jadi, adakah Jelutong seorang Muslim?
Kemarahan Jelutong ini mengingatkan aku kepada Mendiang Uncle Samy, Samyvellu. Dalam sebuah temuramah, dia marah dengan orang PAS ketika itu, katanya,
“Ini worang PAS sudah lebey, mereka panggil saya kafir!”
Ketika itu aku berdekah-dekah ketawa menonton Buletin Utama. Ya, Samyvellu adalah hiburan aku di Buletin Utama dulu.
Siapa ingat lagi?
ps : Kalau Abu Lahab dan Abu Jahal marah orang Islam panggil dia kafir, Nabi SAW layan tak?