Bakmai detailing! Itu saja. Simple kan?
Budak-budak ISMA jawab..
Aliff Ahmad tu narsisis, ada NPD.
Aliff Ahmad tu memang ada dendam dengan Aman Palestin.
Yang paling bangang minah sorang ni, dia kata aku ada buat fund dengan kerajaan!!!
Kah kah kah! Rujuk gambar.
Aku tak tau apa benda narsisis tu, so dalam pembacaan aku, kriteria utama narsisis atau NPD ni adalah :
1. Feeling important or not showing empathy.
2. Being selfish
3. Egotistical or insensitive
Oh rupanya narsisis atau NPD ni jelas ada dekat budak-budak ISMA.
[1] Contoh feeling important or not showing empathy.
Budak-budak ISMA rasa diorang terlalu penting sampai apabila dikritik, mereka akan buat personal attack, strawman arguement dan bermain dengan fallacy.
Mereka rasa mereka terlalu penting sehingga taknak admit kesalahan mereka dan terus menerus menipu seolah-olah jika tiada mereka, Palestin tiada tuhan yang jaga.
Mereka langsung tiada empathy terhadap penderma sehingga ada yang sanggup mengejek penderma. Yang paling jelas tiada empathy adalah tanpa rasa malu minta derma public, kemudian tiadak hormat hak penderma yang mahu melihat hisbah.
[2] Contoh Being selfish.Hal ini dapat dilihat oleh orang-orang ISMA yang hanya pentingkan diri mereka sahaja. Mereka tidak mencari kebenaran tetapi mencari pembenaran.
Hasilnya mereka membodohkan akal dan membodohkan diri. Lihat sahaja apabila Aman Palestin kantoi tak audit 5 tahun. Ustaz-ustaz ISMA tak menunjukkan rasa bersalah pun.
Bahkan sanggup menipu. Mohon maaf pun tidak. Yang budak-budak ISMA boleh tolong justify kebobrokan tersebut. Bercakap seperti orang bodoh dan tiada akal.
Menyamakan kutipan derma dengan zakat. Pembenaran buat audit lewat. Suruh saman, report polis, atau SPRM kalau salah. Walhal isunya mudah, tolong jawab RM34 juta itu buat apa.
[3] Contoh Ego dan tidak sensitifPakar muamalat dan Ifta Jordan telah mewartakan yang mengambil upah wakalah tanpa kebenaran adalah haram. Tetapi Ulama’ ISMA diam, budak-budak ISMA siap menyerang Dr. Man dengan hujah macam diserang severe NPD attack seperti anjing gila. Siap buat fake account serang wall aku.
Punya tak sensitif mereka kepada hukum syarak. Haram pun haram, asal jemaah aku hidup. Belum cerita lagi yang sanggup memfitnah, buat cerita terhadap orang yang mereka tak kenal.
Nampaknya jelas budak-budak ISMA ni yang ada severe-NPD. Aku yang nampak macam anti-NPD sebab aku lawan manusia-manusia yang ada ciri-ciri NPD yang jelas. Bahkan NPD mereka yang lebih dahsyat. NPD yang berdiri di atas kemungkaran.
Prinsip aku mudah. Selagi aku di atas kebenaran. Tiada jawapan yang jelas. Aku akan terus menyampaikan kebenaran. Fitnahlah aku, katalah aku apa pun, soalan aku mudah, RM34 juta tu buat apa?
Aku tak kutip derma, aku tak berniaga business collect derma, aku tak berniaga tunggang agama atau jual agama. Aku takda jemaah nak diangkat, dan takda logo NGO nak dilambung. Tiada apa-apa kepentingan.
Aku ada agenda? Ya, ada. Aku cuma nak masyarakat tidak dibodohakan oleh lebai-lebai yang suka mengambil kesempatan, menunggang dan menjual agama dengan mengutip derma untuk kesenangan perut mereka.
Aku kritik Aman Palestin, aku ada dendam. Aku kritik Ebit Lew, ada dendam juga? Aku lawan Siti Bainun? Ada dendam? Aku lawan LHDN, ada dendam? Lawan Kamilin? Dendam? Senang betul sifir kaum usrah ni.
Cuba tanya sibodo ni, macam mana nak buat fund dengan kerajaan?