STOP KRITIK SOSIAL

S

“Kau tulis pandangan jujur, ilmiah, kritis, penuh fakta dan data, yang follow kau siapa bro? Makcik-makcik level Kak Mona, Kak Zue, dan level akak-akak. Mana ada awek-awek millennial follow kau! Lepas tu asyik kena report je!”

Kata Nik Izwan Kamel kepada aku tempoh hari.

“Kau sembang Axia Kompang, siapa kisah. Tunjuklah Bently, supercar, busuk-busuk pun Honda. Lepas tu sembang pro-poligami. Salah! Kau kena tunjuk kau terpaling setia, terpaling romantis macam Ebit Lew dengan Bidadari. Baru orang suka! Kecam poligami! Jadi macam Dr. Say yang terpaling setia tu! Ini dahla pro-poligami, naik Axia Kompang. Siapa pandang?!”

Itu kata Abu Aisy Juraime pula.

“Kau suka kritik lebai, minta dalil, macam pandai agama. Orang Melayu mana suka. Dalam hal agama kau kena tunduk dan bodoh. Walaupun lebai tu dulu budak sekolah kau yang duduk kelas belakang dan corot. Sebab dia dah pergi Azhar macam Don Daniyal dan ngaji pondok talaqi macam Azhar Idrus, kau jangan pertikai! Diorang nak sembah kubur ke, minta tolong orang mati ke, kau diam pejam mata je. Kau jangan lawan, jangan sokong. Baru aswabi! Aswaja tak benci kau, wahabi pun tak marah kau. Baru ramai orang sokong kau!”

*Aswabi = Aswaja + wahabi

Ini pula kata Abu Turab Malik cousin Zayn Malik.

“Orang nak korup, biarlah dia. Asal dia tak rompak duit kau. Dia tipu orang lain, bukan tipu kau. Kalau kau tak lawan pun tak dosa lah. Itu semua kan kerja polis, kerja kementerian, kerja MP, adun, menteri, bukan kerja kau. Kau berniaga sudah. IFMAL ada, Scrut Auto, kau cerita pasal business kau sudah. Sambil-sambil buat content kasi cash je bro! Orang muda mana kenal kau, diorang kenal orang macam Aisar Khaled tu!”

Kata Bukhari Ramlan kawan lama dari Adelaide.

Aku pun termenung sekejap di hadapan masjid agung Kota Istanbul ini. Betul juga. Aku tulis panjang-panjang dengan segala kos duit dan masa, sekali kena report. Terus habis hilang gitu je. Baik aku buat posting tunjuk kaya. Senang je. Kalau ada orang kata aku menunjuk berlagak, akan ada taasuber kata aku nak motivate diorang.

Aku ingat kena tukar mazhab menulis. Tulis up-kan diri. Puji diri sendiri. Cerita susah payah dalam bisnes dan dalam hidup. Tunjuk kisah anak-anak hebat dan pandai. Sedang beraktiviti. Positifkan cerita yang tak positif. Tunjuk hasil kejayaan. Lempar duit, tunjuk kaya. Bukan susah. Sembang kencang camtu.

Puji semua orang. Puji kebodohan. Normalize kejahatan. Simpan pandangan jujur. Aku rasa tak susah kot. So, oklah. Aku boleh mulakan esok. Mungkin ramai aweks-aweks akan pm tepi aku lepas ni.

Apa khabar bakal jutawan hari ini?
Luar biasa baik?
Bagitahu 10 orang rakan anda, anda mahu kaya dan berjaya!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.