Kecoh di wall Kak Long kami, Mona Din pasal pelajar-pelajar UniKL datang memenuhkan mahkamah tinggi untuk kes rayuan Siti Bainun.
Dalam benak kepala aku terus terfikir budak-budak ni kena tunggang ni, kena scam ni dengan pensyarah dia. Pensyarahnya mestilah penyokong tegar si pendera lagenda, Siti Bainun.
UniKL tidak ada law school. Dia ada business school. So, belajar corporate/commercial law mungkin diajarlah. Tapi, rasanya semua itu kena buat kes study sahaja. Dah kenapa sampai nak datang ke court.
Kalau nak tengok court bersidang pun, bukanlah ketika kes rayuan dan kena pergi civil court la. Bukan criminal court. Paling tak pun pilihlah kes yang betul macam kes macam AMLA, rasuah, yang ada pecah amanah CBT, barulah ada dalam company/business/corporate law.
Kes Bainun adalah kes rayuan, takda dah crossing-reexamine bagai ni. Lagipun, ia kes jenayah penderaan. Jenayah dera kanak-kanak perempuan OKU. Bukan kes corporate crime. Apa jadah budak-budak tu dihantar ke mahkamah jenayah kes rayuan? Apa yang diorang nak belajar?
Kemudian mereka kata disuruh pakai baju putih. Sama macam kempen puak penyokong Bainun suruh pakai baju putih. Ini pun scam. Sejak bila nak masuk court kena pakai baju putih sahaja? Aku makin nak tau siapakah pensyarah yang scam budak-budak yang naif ini?
So, adik-adik UniKL sekalian, abang nak tanya..
1. Adakah korang memang hadir ke mahkamah tempoh hari sebab nak menyokong si pendera lagenda, Siti Bainun?
2. Adakah korang hadir ke mahkamah dengan memakai baju putih kerana menyokong perbuatan penderaan Siti Bainun terhadap adik Bella?
3. Adakah korang semua dibayar untuk menunggang nama student UniKL kononnya menyokong si pendera?
4. Atau sebenarnya, korang disuruh ke mahkamah kes Siti Bainun dan pakai baju warna putih oleh pensyarah korang?
Siapa nama pensyarah korang yang suruh tu dan subjek apa? Korang kalau takut nak tulis dekat komen, korang pm aku. Identiti anda dirahsiakan!
ps : Mahasiswa tidak bodoh untuk nak menyokong pendera lagenda.