Semalam aku baru tanya berapa gaji dan perks sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam. Ramai #TaikPolitik datang cuba justify kelayakan kakak Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tu. Eh, aku tak boleh tanya langsung ke? Kan itu jawatan lantikan?
Ada juga peguam yang bersungguh-sungguh menjadi penjilat Dr. Farah ni. Lain level! Mungkin nak dapatkan geran Suhakam kot. Aku baru tahu, ada projek Suhakam dengan firma-firma guaman. Padanlah beriya-iya dia menjilat. Sluurrpp habis.
Aku cuma tanya berapa gaji dan perks je. Bukan apa, mana tahu nanti adik aku jadi Chairman MARA walaupun kalah PRU hatrik, aku nak lobilah jawatan tersebut. Itu sebab aku tanya gaji dan perks macam mana. Itu saja. Masyuk tak masyuk. Layak tak layak, itu subjektif.
Gaji gomen ma! Bukan p&c, kasitau jela. Dah meraban apa duk melalut cerita pasal dia layak ke tak. Aku bukan kata dia tak layak. Tapi untuk hantaran hari ini, aku nak tanya, adakah dia yang terpaling layak? Dia terpaling power? Dia terpaling hebat? Orang lain takda?
So, hari ini aku nak ajak korang berfikir, adakah Dr. Farah Nini terpaling layak pula?
Dalam rekod, Dr. Farah ini ialah pensyarah kanan. Maksudnya dalam kerajaan, senioriti tangga gaji sepatutnya 52. Kalau 54 dia profesor madya. Tapi, dia bukan profesor madya. Maksudnya, kalau jawatan pesuruhjaya itu Jusa, maka Dr. Farah melompat daripada 52 ke Jusa C barangkali! Power kan? Meloncat terus?
Cuma #MindaSkeptikal aku tertanya-tanya. Dalam Malaysia hari ini, hanya dia sahaja yang terpaling layak ke? Pensyarah-pensyarah lain yang profesor madya dan profesor tidak layak ke? Memang dia seorang sahaja yang bergelumang dalam child’s law ni? Takda orang lain? Takda profesor? Tiada profesor madya?
Aku juga difahamkan, jawatan ini dilantik oleh menteri undang-undang. Tapi kalau memang dia terpaling layak. Takpalah. Cuma pelik pula, negara ini ketandusan pakar bidang tersebut. Hanya kakak pemimpin Umno yang pernah cuba menurunkan Zahid Hamidi sahaja yang pakar walaupun dia hanya sekadar pensyarah kanan di universiti.
Tentang dia seorang pejuang kanak-kanak. Entahlah. Aku tak nampak pun. Lebih-lebih lagi dia berkawan dengan Syed Azmi, partner Siti Bainun yang telah disabit bersalah mendera adik Bella. Masa kes adik Bella berlangsung. Aku tidak mengenalinya pun. Bahkan suaranya juga tidak kedengaran. Mungkin Bella bukan kanak-kanak. Maklumlah, Siti Bainun kan Puteri Umno.
Syed Azmi yang dianggap sebagai pejuang kanak-kanak sampai dilantik jadi penasihat mahkamah pun mengelakkan diri daripada komen tentang kes adik Bella, masih aku teringat kata-katanya yang yang dia taknak Siti Bainun depress. Selepas disemak, rupanya diorang berdua ni swap share dengan NGO masing-masing. NGO Rumah Bonda dengan NGO Puak Payong.
Kalau betul pejuang kanak-kanak ni dah wujud. Aku tak perlu terlibat pun. Aku terpaksa ke depan apabila kes lambat macam taknak dibuka, Siti Bainun tak direman, saksi-saksi mata masih tinggal dengan Siti Bainun. Kak Mona approach aku. Mula-mula dakwa pun, dakwa pengabaian sahaja. Kalau betul ada pejuang kanak-kanak ketika itu, #JUSTICEforBELLA tak perlu wujud. Dia sahaja bersuara, cukuplah.
Ohya, aku dipanggil meeting dengan Menteri Paling B@d0h Sepanjang Zaman, Rina Harun dan Timbalan Ketua Pengarah JKM yang tiada empati! Tak nampak pula pejuang kanak-kanak dalam meeting tu. Kalau dia dah buat kerja, dah kenapa panggil aku. Kan aku dah mengamuk dalam meeting tu suruh Rina Harun resign depan semua orang.
Kes kematian bayi/kanak-kanak di Rumah Bonda, masih menjadi misteri. Ke manakah anak-anak yang lahir di Rumah Bonda pergi. Masih menjadi tanda tanya. Apa pejuang kanak-kanak itu buat? Aku tak boleh terima istilah buat paper dan mengajar sebagai pejuang. Ohya, kes baby Adam apa cerita? Harap Pesuruhjaya Kanak-Kanak boleh bersuara untuk disiasat semula. Kan?
Pejuang itu macam Nelson Mandela, keluar masuk penjara dan naik turun mahkamah. Dia buat kerja lebih daripada sepatutnya. Dia sacrifice. Kalau buat paper dan mengajar itu, bukankah ia tanggungjawabnya sebagai pensyarah yang telah dibayar gaji? Hanya menjalankan tanggungjawab. Lainlah siang di universiti, malam dia buat kelas tusyen percuma.
Ada orang kata dia rajin buat paper, mengajar hakim-hakim tentang hal ehwal kanak-kanak. Aku tertanya-tanya, pensyarah-pensyarah lain semua pemalas ke? Semua tak pandai ke? Dia sahaja ke yang pandai? Kalau dia sahaja yang pandai, kenapa tak kasi je dia profesor bidang undang-undang kanak-kanak? Kenapa masih pensyarah kanan walaupun melompat daripada UIA dulu?
Yang lebih menarik adalah, konon Dr. Farah ini dijulang sebagai pejuang kanak-kanak, tetapi menurut sahabat kami, yang baru sahaja menamatkan kajian PhD-nya, mengkaji tentang jenayah seksual kanak-kanak memberitahu aku yang Dr. Farah Nini ialah salah seorang respondennya.
Katanya, Dr. Farah tidak bersetuju dengan cadangan wajib penjara terhadap penjenayah seksual kanak-kanak. Pelik juga pandangan seorang pejuang kanak-kanak ini. So, penjenayah seksual tidak wajib penjara menurutnya. Mungkin dia nak dipakaikan cawat besi sahaja barangkali. Takpalah, itu pandangan dia.
Tentang CV dia, betul lah dia nampak macam layak. Aku tak pertikai pun. Tapi, adakah dia terpaling layak? Dalam universiti ni memang macam tulah CV diorang pun. Apa nak impress sangat. Budak-budak noob, low IQ, sunat laser je impress. Pada aku biasa je. Aku tengok pensyarah lain di UM tu pun ada yang jauh lagi mantap CV dia.
Pasal layak tak layak ni pada aku bukan isu sangat. Sebab yang dilantik, pastilah layak menurut yang melantik. Boleh justify punya. CV pun boleh make up. Adik Guan Eng, budak art, disuruh jaga MOF, pun boleh justify. Vivy Yusof T20, dilantik jadi board UiTM universiti B40/M40, boleh justify. Anak Kak Jat NFC, dilantik jadi board MDEC pun boleh justify ada master Ivy League. Lili Anne Ngasri Cili Padi dilantik jadi timbalan pengerusi GiatMara, pun kita boleh justify jasa dia tangkap pencuri dengan Cikgu Jaafar.
Dunia ini memang boleh hidup dengan justifikasi. Lebai PAS beli Mercedes, naik gaji exco pun boleh justify. Jadi tak salah untuk aku skeptikal. Dia sendiri tahu, kawan-kawan yang dalam bidang dia tahu, sama ada dia benar-benar terpaling layak, atau dia dilantik sebab jaringan politik adiknya.
Apa pun, semoga menjalankan tugas dengan baik Dr. Farah Nini Dusuki. Jangan lupa kes-kes di Rumah Bonda tu. Ingat, kes adik Bella bukan hanya adik Bella. Ia hanyalah a tip of an iceberg. Banyak lagi isu yang cuba disorokkan. Harap dah ada driver tu bolehlah tolong selesaikan..
ps : Ada orang dah tanya awal lagi?