Cabaran aku simple je. Buktikan teknik Zamsaham menjadi secara saintifik dan statistik. Ada 3 elemen yang aku dah sebutkan. Aku pula yang dituduh bagi macam-macam alasan. Dasar lebai!
Since dia yang beriya-iya datang ke wall aku untuk nak membuktikan teknik Zamsaham itu menjadi. Dia yang beriya tunjukkan screenshot profit bagai. Aku pun sahutlah walaupun aku tahu semua itu scam.
Bila aku cabar untuk diuji secara saintifik dan statistik. Berjuta alasan dia cuba bagi. Sudah aku jelaskan tentang 1 juta dan 100k tersebut. Dia menggigil ketakutan mengelak.
Dia nak proof of fund, aku dah ready nak tunjuk. Dia taknak bayar RM100k harga masa aku melayan kebodohan dia, aku dah tarik. Dia takut aku tipu taknak bayar dia kalau dia betul, aku nak hire lawyer letak dalam agreement hadiah tersebu supaya boleh ambil tindakan undang-undang ke atas aku nanti. Apa lagi alasan?
Dia menunggang agama dengan kata-kata Islamik dan hukum hakam Islam walhal perkara itu bukanlah isu sebenar dan besar kalau benar-benar dia dia atas kebenaran. Kalau taknak rasa elemen judi atau gharar, buat jela secara ikhlas. Boleh tukar aqad dan guna instrumen Islamik.
Korang sendiri boleh nilai dan fikir kenapa dia bagi macam-macam alasan. Sebenarnya dia tahu dia sedang menipu. Dia tahu kalau diuji secara saintifik dan statistik, dia pasti kantoi menipu.
Baru 1-3 stock menjadi, dia nak heboh. Itu pun rupanya market tengah bullish. Semua sifu saham tunjuk begitu. Apa nak pelik? Takda siapa impress.
Orang bodoh cam lebai tu je impress. Itu sebab dia buat benda yang sama macam sifu-sifu saham lain. Masa profit dia tunjuk. Masa loss? Masa peram?
Itulah aku kata, asal lebai memang tak boleh dipercayai, takda integriti, dan asal semua sifu saham adalah scammer. Mamat ni seorang lebai dan dia belajar dengan sifu saham.
Sekarang ini korang boleh tengok bagaimana cara dia berdalih dan merentan. Dia kata aku itu, aku ini. Hakikatnya, aku hanya cabar dia untuk buktikan apa yang dia tunjuk dan dakwa itu benar sahaja.
Nak buktikan mudah sahaja. Kenalah melalui ujian secara saintifik dan statistik. Lebai tak pernah dengar perkataan saintifik dan statistik ek?
Takkanlah 1-3 tekaan menjadi lebai dah kata ini teknik yang berjaya? Mestilah kena saintifik, pembolehubah kena firm-kan dulu, signal mana, apa condition. Tak boleh pick & choose dan bias.
Kemudian nak tengok berapa kali pernah trade, betul jadi ke tak jadi. Itu perlu kepada nak lihat P&L, kemudian backtesting. Itu sebab kena buktikan melalui PnL throughout 2-3 tahun, kemudian backtesting dan 100 random pick.
Inikan kaedah Islam. Bukti ke atas dakwaan..
Takkan lebai tak mengaji? Mesti tau kan?
Kadang-kadang aku kasihan melihat lebai yang nak kaya, nak tunjuk terer terjebak dengan sifu saham. Tapi tulah, lebai kot. Apa nak expect lebih..