BENARKAH EKONOMI ROBIN HOOD?

B

Sebagai usahawan sme dan startup izinkan aku bercerita tentang realiti hidup kami.

Aku kerja keras banting tulang, kais pagi makan pagi, kais petang takda makan. Dapat sales RM500,000, dah kena bayar SST dari 6% naik 8% dah la ni.

Customer/client aku bukan T20 sangat pun, ramai B40 dan M40. Selalu minta discount. Jadi, yang kena kena tax adalah bukan “the rich” tau.

Ada juga client/customer taknak bayar SST. Diorang dah tak mampu. Jadi minta aku absorb. Margin aku kurang 6-8%. Aku juga bukan “the rich”.

Untuk buat marketing, aku kena tekan ads. Pun kena bayar extra 6% digital tax legasi kerajaan PH1.0. Ada juga withholding tax. Yang bayar cukai-cukai ni bukan “the rich” sahaja kan?

Setiap bulan gaji aku kena tolak PCB cukai pendapatan in advance, syarikat pula kalau buat untung, kena cukai 18-24%. Kalau tak buat untung, nanti nak buat loan pun tak lepas. Nanti macam mana nak grow macam Invoke Rafizi value ratus juta self declare dekat Mystartup Dot My. Kebanyakan syarikat sme dan startup belum jadi“the rich” lagi tau.

Dulu aku nak berjimat. Aku beli barang dari China direct macam perkakas rumah, lampin pakai buang dan sample product, invoice bawah RM500, tapi kini LVG dah kena 10%. Ingat lepas ada 10% ni harga tempatan lebih murah, malangnya tidak. So, dah kena bayar extra 10%. Yang bayar ni belum jadi “the rich” lagi ya.

Balik-balik rumah ada surat cukai pintu walaupun rumah tak siap-siap lagi. Cukai tanah yang takda hasil..

Tak nampak dekat mana orang kaya kena romp4k untuk bagi ke orang miskin. Nampak macam sama-sama kena romp4k je. Lainlah kami-kami ni tak kena tax, yang kaya-kaya je kena tax.

Lainlah personal tax, corporate tax dan tax-tax lain dibezakan antara “the rich” kapitalis dengan sme dan startup. Kan? Unless kami-kami yang marhaen ni bolehlah claim balik cukai-cukai yang kami bayar, yang sama rate dengan “the rich”.

Selagi mp-mp, adun-adun, exco-exco, menteri-menteri, kroni-kroni lantikan politik yang terus dibayar gaji T20 kemudian terus jadi “the rich”, rakyat marhaen masih struggle nak survive, aku tak nampak dekat mana Robin Hood nya.

Robin Hood tak jadi kaya lepas romp4k “the rich” macam menteri-menteri. Dia kekal hidup dalam hutan dan berjuang bersama teman-teman dia. Tapi mp dan menteri terus jadi kaya selepas menang PRU. Ada yang dari merempat takda apa-apa macam Adam Adli, Rara, Saddiq, lebai-lebai PAS terus jadi T20.

So, siapa yang kena romp4k sebenarnya? Kawan-kawan kata middle class yang banyak kena romp4k. Betul ke? Ke middle-class ni memang terpaksa turun jadi B40. Adakah kita akan menuju ke 2 arah sahaja, jadi kaya atau jadi miskin?

Entahla..

Nak buka kedai makan cari duit lebih, Rafizi marah orang kita suka makan luar. Nak berniaga ayam gunting, Rafizi suruh inject elesticity by right jangan makan ayam pula nanti.

Takkan nak suruh semua orang jadi sifu? Sifu dropship, sifu business, sifu saham. Dah siapa pula nak berniaga nanti?Takkan nak suruh semua orang jadi politikus, kerja gomen, jadi penjilat menteri, lobi jawatan lantikan politik. Nanti siapa pula yang nak menghidupkan industri. Takkan nak suruh kami buka NGO pula?

Menteri-menteri, politikus-politikus, exco-exco, mp-mp, faham ke denyut nadi rakyat hari ini, gaji diorang dah T20 kan? Diorang apa rasa harga barang naik kan? Diorang banyak kelebihan yang sesama diorang bahas di parlimen dan dun. Takkanlah diorang nak turunkan gaji atau buang kelebihan yang dah sedia ada.

Aku teringat kata-kata guru kami suatu masa dulu,
“Kalau nak jack lori, jack-lah.. Tapi jangan jack sampai terbalik..”

😜

#NonPartisan#HeilMarhaen#HeilB40#HeilM40#HeilB40M40

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.