Masa awal-awal QM kutip duit orang jual gold, tunggang nama Tuan Haji Kamari dan BNM, ramai je orang dah email mereka. Aku pun ada email juga. Dia reply template standard je ke aku walhal aku tanya direct pasal QM gold investment sebab SC kata under BNM. Mula-mula aku tanya SC, SC tendang aku ke BNM. BNM suggest aku ke KPDNHEP pula.
Bila dah ada bunga-bunga nak tersontot, barulah dia keluar kenyataan macam hero. Samalah macam mana-mana skim Forex dan platform Forex yang berlambak-lambak tu, BNM buat apa? Mentang-mentang gaji diorang besar, nak beli rumah pun murah ada special rate. Tapi buat kerja macam badut!
Orang tanya, kenapa aku malas komen pasal QM, jawabnya, salah satu sebab BNM lah. Dah diorang jawab bukan under purview diorang. SC kata bukan dia jaga, BNM kata bukan dia jaga juga. Jadi siapa jaga gold investment ni? BMF? Malakat Mall? PPIM? Koppim? Semboyan?
Aku ada satu soalan, Tuan Haji Kamari apa khabar?
Pelabur-pelabur QM apa khabar hari ini?
Coach Fadzil apa khabar hari ini?
Kanda 90s dan Semboyan apa khabar hari ini?
Luar biasa baik tak?