ISU PIHAK BERAUTORITI TIDAK PROGRESIF!

I

Apabila pihak berkuasa lagi berautoriti tidak mahu menyuarakan atau mengeluarkan kenyanyataan secara terang dan jelas (loud and clear), maka pihak yang mahu berjuang menegakkan kebenaran terpaksa berhati-hati. Langkah tidak boleh agresif.

Kalau kena saman, susah nak pertahankan diri. Pengalaman aku nak sepina pihak autoriti ni, punyalah susah. Dia hantar sana, sana hantar sini, sini hantar jabatan undang-undang, jabatan undang-undang kata mereka tiada punca kuasa.

Contoh macam kes pelaburan emas QQ baru-baru ini, dengan kenyataan BNM dan SC yang samar-samar, SC buat hantaran lencong kepada BNM, BNM pula buat hantaran silang kepada KPDNHEP! Walaupun “offside”, jadi siapa autoriti yang di bawah “purview” pelaburan emas ini?

Hasilnya? Pertahanan masyarakat kucar kacir, maka boloslah beberapa juta duit rakyat kerana penjaga garisan tidak angkat bendera, penjaga pengadil lambat tiup wisel, dan pengadil tidak mengangkat kad untuk menghentikan aktiviti penipuan kepada masyarakat.

Itu sebablah aku melakar idea #MindaSkeptikal. Ia ibarat topi saintis yang sentiasa bertanya “why, why, why” kemudian barulah “what, when, who dan how”. Jika tidak, masyarakat pasti digolek kerana perasaan. Sangka baik, ikut orang, tengok tokoh dan percaya drama.

Kita ini tidak hidup di dunia utopia yang didiami oleh ahlo syurga sahaja. Penipu, penyangak, munafik dan penunggu kesempatan (evil oppotrunist) sedang menanti peluang. Maka, perlulah berhati-hati. Pasang antivirus, anti-spyware, pagar dan alarm siap-siap.

Kita pasang pagar, tutup pintu, pasang cctv, dan pasanh alarm bagai, bukan sebab kita tak percaya orang, bukan sebab kita menuduh semua orang penyamun, tapi itulah jiwa skeptikal yang telah diterjemahkan tanpa disedari. Sebenarnya, ia lahir daripada #MindaSkeptikal secara lumrah.

Teringat aku suatu kisah diriwayatkan, seorang telah bertanya kepada Ali RA, lebih kurang begini soalannya,
“Kenapa zaman pemerintahan Abu Bakar RA dan Umar RA lebih baik daripada zaman pemerintahan Usman RA dan Ali RA?”

Ali RA menjawab,
“Zaman Abu Bakar dan Umar, rakyatnya seperti aku dan Usman. Zaman Usman dan aku, rakyatnya seperti engkau.”

Korang tengok sekeliling korang, lebai-lebai, penguasa-penguasa, orang kaya dan orang bijak pandai semua tu, adalah mereka seperti Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali?

Jadi, takkan nak guna usul sangka baik? Innocent until proven guilty?
Ikutlah..
Aku kekal dengan #MindaSkeptikal aku..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.