KENAPA NAK KECAM PENIAGA BAZAR RAMADHAN JUAL MAHAL?

K

Hari ini aku ke bazar ramadham Putrajaya. Ramai gila orang. Aku nampak macam nak hujan, aku membayangkan kalau hujan turun, rugilah diorang hari ini.

Teringat zaman kecil aku, aku tolong orang menjual di pasar malam. Tujuan aku ringkas, aku nak duit belanja sekolah, aku nak makan percuma dan boleh berbelanja di pasar malam untuk dibawa balik bagi keluarga aku di rumah.

Ada satu kali tiba-tiba angin lintang kuat datang, terbalik kuih-kuih makcik depan gerai aku kerja tu. Aku tengok dia kutip kuih-muih yang telah berada di atas jalan tar sambil menangis. Sebak gila aku tengok. Bos aku tolong dia, aku pun join. Dia ceritalah, dia tengah “struggle” suami dia kena kanser.

Aku tak pelik kenapa orang jual mahal. Aku cuma pelik kenapa orang jual murah. Aku lebih hairan jika ia dijual terlalu murah. #MINDASkeptikal aku terus berfikir, berapa modal dia? Dia tak ambil untung ke? Berbaloi ke untung ciput? Ke cuci duit? Demikianlah..

Itu sebablah aku sangat faham berniaga pasar ini. Tidak semudah korang yang jadi tentera siber yang dibayar politikus. Mahal atau murah ni subjektif. Lagipun duit kita, kita yang uruskan, tiada siapa yang paksa kita beli kan? Takda orang letak parang dekat tengkuk kita untuk beli kan?

Ada orang tak kata pizza wagyu atau roti john wagyu mahal, ada orang kata mahal. Ada orang kata roti john RM10 mahal, ada orang kata murah. Isu maksud sebenarnya adalah berbaloi atau tidak, mampu atau tidak. Macam koranglah taknak pakai Axia Kompang macam aku, sanggup beli King Myvi walaupun gaji korang RM2,000-RM3,000 sahaja.

Kalau berbaloi, takda siapa kisah. Kalau dia mampu, dia tak bising. Akhirnya, kita sendiri yang pilih, nak beli atak tidak. Tiada yang paksa. Jadi kenapa nak kecam penjual di bazar ramadhan? Rasa mahal, jangan beli. Rasa tak berbaloi, jangan beli. Tak sedap, jangan beli lagi. Mudah?

Setiap mereka yang berniaga di bazar ramadhan, semuanya nak buat duit, nak cari makan. Mereka semua tengah “struggle” dan cuba nak “survive” untuk raya nanti. Kalau menjadi, bonus hari raya. Kalau gagal, menangis di pagi raya.

Berapa banyaklah mereka boleh buat pun dalam masa sebulan. Dalam masa yang singkat. Pasti mereka tidak akan sesenang dan semudah menjadi menteri, exco, ahli parlimen, adun atau politikus yang dapat jawatan. Betul tak? Puak ni, tiap bulan ada gaji. Bukan kecil, T20 semua gajinya, kan?

Mereka kerja keras, berpanasan, buat persediaan awal, tapi masa nak jual cuma dari jam 4pm sampai 7pm sahaja. 3-4 jam sahaja masa nak menjual. Aku percaya, tidak ada yang ada niat nak untuk rugi, untuk masak tak sedap dan untuk menipu.

Kalau dia jual terlalu mahal, kita rasa tak berbaloi, kita tak beli, ramai juga orang rasa yang sama, jualan dia pasti akan merosot. Kalau dia jual tak sedap, pasti takkan dapat pelanggan berulangan (repeat customer). Dan aku percaya, mereka ada rezeki mereka, kita ada rezeki kita.

Lagipun kita orang Islam dilarang mencela makanan. Rasa tak puas hati, tinggalkan, jangan beli lagi. Kita mungkin rugi 1 kali, tapi dia mungkin rugi lebih lama.

Abu Hurairah RA berkata:
‎مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ، إِنِ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ، وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ
Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah mencela makanan. Jika baginda ada selera, baginda akan makan. Jika baginda tidak suka, baginda akan tinggalkan.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3563)

Setiap mereka punya kos yang berbeza, “sourcing” barang berbeza, model perniagaan dan strategi yang berbeza. Tak bolehlah samakan semua penjual terus. Rasa tak suka, rasa tak puas hati, jangan beli. Banyak lagi pilihan lain kan? Lainlah korang kena scam.

Contoh kena scam macam undi DAP sebab taknak Zahid, sekali undi DAP dapat Zahid juga. Ada pula yang kata undi KJ dapat Zahid, sekali undi Rafizi pula yang dapat Zahid. Begitu juga untuk pengundi Islam, ingat undi PN dapat pejuang agama dan bangsa, sekali dapat penunggang agama dan bangsa.

Pilihan di tangan kita. Nak beli, beli. Taknak beli, sudah. Kalau diorang kaya raya, diorang tak buka gerai di bazar Ramdhan, diorang buka Invoke! Eh, 1MDB! Eh, Jana Wibawa! Eh, Kohilal!

Eh!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.