Pelajaran Asas Eknomi Patut Diwajibkan Dalam Sukatan Pelajaran Malaysia
Beberapa hari lalu, aku ada deal dengan amoi sorang ni. Dia ceritalah susah nak berniaga sekarang. Ekonomi teruk. Aku ni kalau orang mengeluh, aku selalu cucuk je. Saja-saja supaya ada komunikasi.
“Itulah, you undi PH ma.. Hutang negara makin naik!”
Aku selalu assume semua orang undi PH dulu. Sebagai non-partisan yang hanya berpartikan diri sendiri, berkawan dan berlawan dengan kerajaan dan pembangkang adalah biasa. Aku tunggu respon dia.
Dia jawab,
“Mana ada hutang naik, sekarang sudah ok ma, dari dulu lagi ekonomi sudah tak bagus..”
Cantik, dia orang PH. Kalau dia setuju, maka dia orang BN, maka jurus korupsi Najib dan TB akan menyerang. Tapi dia PH, maka kita main facts ilmiah. Aku assume orang PH bijak-bijak belaka.
“Ini apa? Dari hutang luar 600b lebih jadi 900b lebih in one year. 59% dari KDNK..”
Aku tunjukkan data BNM. Dia jawab mana ada. Aku kata growth pun 4% lebih je. Aku kata,
“I ingat orang PH baca economy dan faham economy. Tapi tak pulak, anyway, I Aussie!” sambil berjenaka.
Jadi, aku rasalah subjek asas ekonomi patut diwajibkan dan diajar. Sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia tidaklah bangang sangat dan mudah ditipu hal ehwal ekonomi.
Setidak-tidaknya, kita diajar apa itu KDNK dan indikasinya, apa itu inflation dan kesannya, economics growth itu apa dan bagaimana kira, jenis-jenis hutang negara dan di mana nak dapatkan fakta dan data yang sahih tentang ekonomi negara.
Inilah projek pembijaksanaan yang patut menteri pendidikan champion. Sudah lama projek pembodohan yang kerajaan dahulu telah buat. Tiba masa untuk melahirkan generasi yang memiliki general knowledge yang baik supaya tidak terus ditipu dan dibodohkan sesiapa.
Tukar warna kasut tak menjadikan pelajar lebih pintar. Tak membantu masyarakat untuk tidak terus ditipu. Unless, kerajaan baru ini pun sama saja mahu meneruskan projek pembodohan kerajaan terdahulu.