Sekat, sekat dan sekat.

S

Methodology kafir Quraish untuk menghalau Nabi adalah ekat, sekat dan sekat. Sampai Nabi keluar dan berhijrah ke Madinah akibat tekanan dari sekatan untuk berdakwah.

Aku pernah cerita yang aku pernah bertekak dengan Dr. Zakir Naik. Aku pernah beritahu yang aku personally tak suka beliau. Tapi wala’ aku tetap kepada kaum muslimin, bara’ tetap kepada kaum musyrikin.

Dicadangkan kepada Dr. Zakir Naik untuk kumpulkan semua halangan, larangan dan sekatan melalui surat rasmi. Sebagaimana Imam Bukhari lakukan ketika dilarang mengajar. Supaya Dr. Zakir Naik boleh tunjuk di hapadan Allah kelak, kenapa beliau tidak menyampaikan ilmu yang dianugerahkan kepada beliau.

Ada juga si bebal yang mengatakan Dr. Zakir Naik digunakan untuk alat politik. Kenapa pihak kerajaan tidak menggunakan beliau untuk menunjukkan yang kerajaan pro-dakwah Islamiyah juga. Good mileage apa? Bahkan diketahui umum, lama dahulu Dr. Zakir Naik pernah memuji Tun Mahathir tanpa ada apa-apa kepentingan.

Wallaby pula dengan zikir wahabi kepada Dr. Zakir Naik. Tolong tunjukkan siapa wallaby yang sehebat Dr. Zakir Naik untuk kita tunggang keilmuan mereka untuk dakwah Islamiyah. Siapa? Siapa? Siapa?

Anjurkanlah debat Dr. Zakir Naik vs Dr. Ramasamy. Biar kami rakyat mendengar hujah mereka. Takkan lepas jadi kerajaan debat tidak menjadi budaya mantan pembangkang. Kita buat pay per view. InsyaAllah good business ni!

Makin lucu negara ini! Serius!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.