ABAIKAN SAHAJA PANDANGAN PELAMPAU ANTI RIBA..

A

Dalam mazhab-mazhab Islam, memang ada mazhab yang ghuluu dan ekstrim, ada mazhab yang pertengahan dan mu’tadil, dan ada juga mazhab yang terlalu terbuka dan liberal.

Memang dalam dunia kewangan Islam terdapat kumpulan ekstrimis yang melampau berhujah seolah-olah dia sahaja yang akan masuk syurga, orang lain berperang dengan Allah, masuk neraka.

Kumpulan ini lebih kepada kaum fundamentalis, yang tidak melihat muamalat itu secara keseluruhan. Tidak mahu memahami hujah dan usul pihak lain secara ilmiah. Mereka ini juga bangsa syok sendiri yang kadang dipanggil mutasyaddid. Atau jalur keras. Kadang-kadang mereka bercakap keluar daripada landasan ilmu.

Kumpulan ini biasanya akan berhujah dengan hujah fundamentalis, hujah yang tiada data dan fakta ekonomi, tidak mengambil kira statistik terhadap hujah even apabila mereka sendiri berhujah.

Diantara kepala aliran ini adalah Imran Hossien yang pernah terkantoi dalam wallet dia pun ada credit card. Ia tidaklah salah. Tetapi dalam perjuangan dia menentang Islamic Finance hari ini, dia juga terpaksa ada credit card.

Mungkin untuk memudahkan urusan hariannya yang pada hari ini memerlukan pembayaran secara digital. Itu yang kita pernah ternampak. Belum lagi seorang ustaz yang dahulunya mengharamkan Touch & Go kerana ada unsur gharar, tetapi akhirnya terpaksa pakai apabila terpaksa.

Segala justifikasi seperti darurat, terpaksa, dan lain-lain boleh dinyanyikan. Tetapi pengkakhirannya apa? Kau buat atau tidak. Kau follow atau tidak. Itulah manhaj kaum ekstrimis ini, mereka banyak sangat excuse atau darurat untuk menjustifikasi hujah mereka.

Penulis yang sahabat kita tunjukkan ini, aku dah sedia maklum alirannya. Dia samalah macam Imran Hosien. Dia dalam kumpulan beraliran keras itu. Sebelum ini dia ada kritik pasal kritpto. Tapi kritikan dia itu aku lihat tiada asas.

Jadi, aku pernah cabar dia untuk open debate secara ilmiah untuk aku buktikan secara terbuka kegagalan dia memahami dunia kripto. Bukan dia sahaja, tetapi tokoh-tokoh yang dia bertaqlid buta. Malangnya dia tidak berani.

Inilah salah satu ciri aliran keras yang syok sendiri. Mereka tidak berani berdiri di atas pentas secara ilmiah dan terbuka. Hanya berani memekak menyalak bukit. Tidak berani hadap kebenaran (konon) yang dia preach.

Korang lihat sahaja bagaimana dia membina persepsi kononnya seorang banker kata tak Islamik. Adakah seorang itu credible? Statistically facts? Adakah itu ilmiah? Ramai ulama’? Berapa orang? Ulama’ yang menerima? Berapa orang?

Aku ni, kau panggil lah ke mana dengan siapa, kalau hal crypto-blockchain, anytime. Pasal #JusticeForBella, anyone. Pasal NGO-NGO, pasal sifu saham, TA capital market, dan research methodology. Setakat ni, aku je yang cabar orang. Sorang pun tak berani.

Dalam Malaysia ini sudah ada pakar-pakar yang menaungi Islamic Finance yang sudah berdiri teguh. Banyak saluran dan vanue untuk menentang ada. Hairan kenapa tidak digunakan oleh mereka. Di atas pentas ilmu, seperti conference ke?

Aku pernah melihat Dr. Zaharuddin (Uzar) bangun dan dispute hujah Syaikh Dr. Ali Qurrah al-Daghi dalam sebuah conference ilmiah tentang kewangan dan crypto. Boleh lihat Dr. Ali gagal menepis hujah dan tak boleh move on. Hari ini aku dengar, dia macam dah ok dengan crypto.

Aku bukanlah penyokong tegar Islamic Finance hari ini. Tetapi aku faham dan cuba faham segala hujah-hujah mereka secara holistik dan dikaitkan dengan ekonomi umat Islam dan realiti semasa.

Semasa aku di Australia, aku pernah jadi gang syadid ni. Faham sangat dah hujah mereka tu. Itu yang aku cakap, diorang ni sangat mikro dan tak realistik. Diorang takkan mengambil kira isu seperti projek berjuta-juta dan berbillion yang berhajat kepada financing. Mereka tidak memikirkan soal ekonomi orang Islam yang kehilangan peluang jika institusi Islamic Finance ini tidak wujud.

Kerana mereka semua tu hanya berniaga secara retail, mikro, macam jual handphone, jual jamu-jamu, dan makan hasil bini-bini yang yang kerja makan gaji kerajaan, GLC dan MNC. Jadi mereka tidak faham keperluan tersebut.

Begini, aku bagi contoh mudah tentang realiti keperluan Islamic Finance.

Individu A dapat project 100 juta, tapi dalam bank atau peti besi dia takda 100 juta. Memang mula-mula niat dia nak meminjam. Tetapi apabila sampai di Islamic Finance punya kaunter, niat pinjam itu diarah tukar kepada pembiayaan melalui instrument Islamic yang telah diluluskan oleh pakar-pakar dan ulama’-ulama’ Islam.

Sudah pasti bank kena buat untung. Kalau bank tak buat untung, macam mana nak bayar gaji para pekerja. Nak masuk tandas pun kena bayar, takkan nak servis pembiayaan yang bernilai 100 juta tu takda fee kan?

Di sini, kita kena lihat realiti. Kalau Islamic Financing takda. Maka individu A tak boleh buat projek tersebut. Maka dia kena bagi kepada orang lain. Let say-lah bank tidak wujud. Maka project itu akan diberikan kepada orang kaya. Maka, orang kaya semakin kaya. Kalau orang Islam tiada support Islamic Financing, mungkin orang bukan Islam yang dapat buat project tu. Maka survival umat Islam makin menipis. Ibarat orang lain berperang pakai fighter jet, kita masih pakai keris. Ibarat tak berperang di atas par yang sama.

Macam awal-awal dulu kejatuhan Uthmaniyah. Di saat barat sudah mula buat bom dan senjata canggih. Ulama’ Islam zaman itu masih berbincang boleh ke kita guna teknologi bakar-bakar, letup-letup ni sebab ada nas yang larang.

Di saat orang lawan 1 lawan 10 boleh tumbuk muka kasi KO. Boleh lawan 10 orang sekali. Tapi ulama’ masih bincang larangan pukul muka. Orang Islam kena wrestling saja. Tengah kita choke, kawan dia datang, pijak kita or tikam kita. Habis.

Begitulah contoh dan realiti yang kita kena ambil maklum. Terutama dalam isu-isu ekonomi. Ekonomi dunia terlalu besar. Stock market US pun USD40+ trillion nilainya. Maksudnya duit telah dicampakkan dalam tu terlalu banyak. Siapa ada 40 trillion dalam dunia ni?

Dunia ekonomi dan financial ini ibarat sebuah peperangan. Sama macam dunia cyber. Maka, aku percaya, helah yang dibenarkan dalam perang senjata dibenarkan dalam perang ekonomi, financial dan cyber.

Kalau tidak nanti, umat Islam akan terus menerus dibuli dek kerana pandangan-pandangan ulama’ yang jumud, syadid, dan terbantut keluasan realiti.

Jadi, siapa nak syadid, silakan. Tapi nak tuduh pihak satu lagi berdosa, menipu, dan berperang dengan Allah. Mari buktikan di pentas ilmiah secara terbuka. Jangan jadi ayam berkokok. Tak kira pagi, tengah hari atau petang.

Berani? Aku boleh aturkan..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.