Walaupun dulu aku pernah mengkritik dia dan membongkarkan kesalahnya yang fatal, tapi dia berjiwa besar. Dia menolak semua itu ke tepi kerana kebenaran.
Dia setuju yang ramai penunggang NGO menggunakan NGO untuk meraih laba duniawi. Mencari harta kekayaan dan populariti dengan dana awam.
Mereka yang butthurt itu sure ada buat projek. Kalau NGO kau steady, lampirkan segala mala expenses kau secara telus seperti :
1. Audit report.
2. Management account (MA)
3. Bank statement.
4. Caruman KWSP pekerja.
Audit report untuk mengesahkan kau memang audit, untung rugi dan sales kau.
Management account (MA) untuk sahkan expenses kau secara terperinci.
Bank statement pula untuk mengesahkan duit keluar masuk tally dengan audit dan MA.
Caruman KWSP untuk mengesahkan gaji-gaji kau dan para pekerja NGO kau sebenarnya berapa.
Ada NGO yang berani tunjuk? Kalau dia tak makan, kenapa takut nak tunjuk..
Kan?