Dalam press conference Aman Palestin tempoh hari, selain dari memberi alasan cliche tukar auditor, covid dan pkp, tambah branch. Mereka juga telah mengatakan SSM membenarkan mereka tangguh.
Adakah benar SSM membenarkan? Setakat ini, tiada surat rasmi yang ditunjukkan kepada orang ramai untuk membuktikan kenyataan tersebut. Sembang semua orang boleh buat. Kan? Yang aku tahu, SSM ni, kau submit lambat, dia denda jela.
Aku dan rakan-rakan juga telah mengambil inisiatif menghubungi pihak SSM dan sampai hari ini pihak SSM tidak memberikan jawapan tentang dakwaan pihak Aman Paleatin yang SSM membenarkan penangguhan tersebut.
Rujuk posting di bawah.
https://www.facebook.com/100011300684188/posts/1350491355337541/?d=n
Pagi tadi, seorang rakan cosec telah menunjukkan yang Aman Palestin telah didenda SSM (rujuk gambar) berdasarkan carian no pendaftaran Aman Palestin. Adakah maksud SSM membenarkan adalah dengan membayar denda?
Kalau bayar denda, bayar dengan duit siapa? Orang ramai derma untuk duit dihantar kepada orang Palestin. Bukan untuk kau bayar denda SSM. Itu yang aku selalu sebut.
“Kalau Aman Palestin ni collect duit dari ahli ISMA saja, buatlah sesuka hati. Taknak audit, nak rompak pun boleh. Takda orang akan tanya. Walau’un ISMA takkan persoalkan. Sekarang ni dah collect dari orang awam, sebab itu orang ramai berhak bertanya dan SCRUT duit diorang pergi ke mana..”
Kan?
Kalau diorang ada share surat kebenaran dari SSM, pm aku. Aku akan post balik..