AGIHKAN MACHINE CETAK DUIT! BIAR RAKYAT KAYA!

A

Sebenarnya, apa yang Mat Jargon cadangkan itu ideanya dari Modern Monetory Theory (MMT) yang dikritik rapat oleh majoriti ahli ekonomi dunia dan pakar-pakar kewangan dunia.

MMT ini dianggap theory yang dilihat sangat ideal. Hakikatnya, ia hanyalah harapan yang telah dinafikan oleh mathematics dan statistics. Semua orang dapat duit banyak, assumption dia buat, semua orang akan berbelanja besar. Tanpa mengira kebarangkalian-kebarangkalian yang lain.

Apa yang Mat Jargon cuba bawa adalah sama saja macam sifu-sifu saham cuba bawakan. Kononnya sebuah paradigm shift yang main saham ini mudah, main saham boleh kaya, main saham boleh buat easy money, dan semua orang boleh main saham.

Kelas-kelas mereka dianggap kelas membina machine cetak duit yang diajar secara terbuka. Secara teori, jika memang machine cetak duit tersebut bukan scam, maka ramailah yang jadi kaya dan banyak duit. Tetapi adakah benar? Ramai yang mesej aku tersontot je. Yang kaya, cikgu saham. Kaya sebab trading atau buat kelas?

Atas sebab itu, The Theory of Probability menafikan logik kewujudan mechine cetak duit di setiap rumah. Kerana, dunia akan jem. Siapa yang akan buat e-hailing? Siapa nak jadi petani? Siapa nak jadi engineer? Kalau semua orang boleh tekan-tekan keluar duit.

Apabila semua nak buy, siapa nak sell? Kalau semua nak sell, siapa nak buy? The system wont work. Kalau machine cetak duit power, jadi, pasti 1 dunia akan nak guna. Jual buku pun, buku tak cetak lagi pun orang dah tunggu.

Sebab itu, tiada Market Wizard dalam dunia ni buat kelas, ajar system dia secara terbuka. Tulis buku dan sebar luaskan teknik dia. Sebab dia tahu, bila system dia dibuka, maka system dia tidak akan jadi dah. Secara logiknya, orang takkan bagi itik dia yang boleh mengeluarkan telur emas kepada orang lain. Bila emas terlebih banyak pun, harga emas akan turun.

Cikgu-cikgu saham takyah nak kutuk sangat Mat Jargon, korang pun takda beza dengan Mat Jargon. Tak percaya? Bila free, set time, kita buat backtesting system kau. Kalau kau berani. Sembang hero dalam Facebook boleh lah..

Kah kah kah!!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.