AIB PERIBADI, AIB TERBUKA DAN JENAYAH ITU ADA BEZA..

A

Ini pandangan dan pendirian aku..

Aib peribadi
Aib peribadi adalah perbuatan yang kita rasakan memalukan dan kita hendak sorokkan daripada orang lain. Ia adalah perkara yang kita semua kena diamkan dan sorokkan juga.

Contoh :
1. Gambar kita tak tutup aurat.
2. Cerita rumahtangga dan dalam kelambu kita.
3. Perkara yang kita tidak pernah keluarkan secara terbuka dan tidak redha ia di-publicise-kan.

Maka perbuatan orang lain menceritakan, berkongsi dan mengwar-warkan adalah salah dan berdosa.

Aib Terbuka
Manakala aib terbuka pula adalah perkara yang kita rasakan aib tetapi apabila sesuatu perbuatan itu dia (anyone) sendiri telah syiarkan (publicise) maka ia bukan lagi aib untuknya. Bagaimana mungkin ia adalah aib baginya jika dia sendiri yang nak tunjukkan.

Contoh :
1. Dia sendiri menceritakan suami dia kaki pukul secara terbuka. Maka apabila kita sebut balik, ia bukan aib dan memalukan. Suami dia sendiri pun membalas fitnah tersebut secara terbuka.
2. Dia sendiri yang menceritakan adiknya dirogol secara terbuka. Maka ia bukanlah aib kerana dia sendiri tidak mahu perkara itu disorokkan.
3. Dia sendiri yang menghina ayahnya, bapa mentuanya secara terbuka. Ayahnya dan mentuanya pula membalas secara terbuka.
4. Dia sendiri yang duk tayang aurat secara terbuka.

Jadi, jika sesiapa pun mengulang cerita perkara yang dia sendiri cerita. Ia adalah fakta, ia bukan aib yang haram. Unless dia pernah mengeluarkan kenyataan menarik balik.

Sebagai contoh, Wardina pernah menarik balik segala gambar-gambar lama dia yang seksi daripada dikongsi semula.

Jenayah
Jenayah adalah perbuatan berdosa dan melanggar undang-undang. Ia perkara yang perlu dibangkitkan, diwar-warkan agar pesalah itu dihukum, mangsa-mangsa lain pun bangkit, memberi pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat. Manakala jenayah ada 2 jenis, jenayah agama dan jenayah undang-undang.

Contoh :
1. Perbuatan sexual grooming lebai terhadap mangsa. Ia jenayah undang-undang dan juga jenayah agama.
2. Kes rogol. Ia sama jenayah undang-undang dan jenayah agama.
3. Menghina Nabi SAW. Ia jenayah agama yang membawa hukum murtad. Mungkin bukan jenayah undang-undang di sesetengah tempat entah berantah.

—-

Jadi, jangan paksa aku berpandangan dan berpendirian sebagaimana korang. Mungkin pada korang aku salah dan berdosa. Mungkin kita berbeza pandangan dan ia khilaf.

Tetapi menghina Nabi SAW, ayah sendiri, ayah mentua, dan suami sendiri secara terbuka, adakah ia khilaf?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.