AKU BELAJAR AGAMA SAMPAI MANA?

A

Ada yang tanya, aku belajar agama ni sampai mana. Nampak macam banyak benda aku tahu. Beginilah, aku ini belajar agama tak formal pun, tapi aku mengaji sampai aku rasa aku tak boleh kena scam dengan lebai. Sampai aku boleh tapis hujah ustaz-ustaz.

Masa aku sekolah dulu, aku dah mula talaqi kitab-kitab kuning, belajar bahasa Arab dan hafal al-Quran. Cumanya takdalah serius. Takda apa yang buat aku semangat. Happy-happy, masuk tariqat, jadi ghostbuster dan belajar ilmu hakikat dan maarifat.

Selepas SPM, sebelum aku fly ke Australia, aku sempatlah talaqi di beberapa madrasah dan buat STAM. Walaupun suka-suka, dapatlah jayyid jiddan. Masa tu semangat sebab nak lawan wahabi.

Sampailah aku di Australia barulah aku banyak masa. Ketika itulah aku mula agak serius mengaji. Macam-macam kelas, daurah, aku pergi. Sampai masjid syiah pun aku duduk dengar kuliah dia. Ohya, aku habislah buat degree online kat Islamic Online University tu. Degree online ler.

Banyaklah juga kitab aku dah talaqi. Masa aku kerja di Abu Dhabi pun, sempatlah aku duduk baca kitab dengan masyaikh di Jordan, Saudi dan Mesir sikit-sikit. Kenal lah masyaikh yang masih hidup zaman ini. Takdalah aku jadi terer, tapi lebai-lebai takkan boleh scam aku mudah-mudah ler.Aku rasa paling banyak aku belajar adalah ketika aku di India dan Pakistan. Aku mengikuti daurah hadis di Darul Uloom. Sekali lagi di Darul Uloom Fawkner. Walaupun takdalah faham sangat sebab syarah bahasa Urdu, tapi kebanyakan hadis-hadis kutub sittah tu pernah la kot lalu dekat kepala aku insyaAllah.

Selepas itu banyaklah kitab aku talaqi secara online dan kalau ada masyaikh datang, aku akan duduklah. Masa tu aku memang minat hadis. Minat dekat fiqh takda sangat. Hanya untuk beramal sahaja. Usul fiqh pun talaqi gitu-gitu je dengan ustaz-ustaz masjid je, tapi tak masuk kepala sangat. Ustaz-ustaz masjid di Australia ni power sebenarnya. Bukan kaleng-kaleng. Tapi sebab sibuk dunia kan. So, akulah yang buat diorang buka balik kitab-kitab turath.

Sebab aku bukan nak jadi ‘alim, nak jadi lebai atau nak jadi ustaz. Jadi, aku takdalah kejar sijil. Aku nak jadi orang yang tak boleh kena scam dengan lebai dan jadi orang yang boleh tapis apa-apa yang ustaz-ustaz sampaikan. Hatta ulama’-ulama’. Naqib-naqib usrah memang bukan level aku lah nak bunyi banyak.

InsyaAllah, aku dah dapat apa aku nak. Aku takkan boleh kena tipu dengan lebai-lebai dan ustaz-ustaz. Aku pun taknak belajar lebih-lebih dah. Aku pernah rasa menyesal tahu lebih.

Rasa tanggungjawab nak sampaikan tu ada. Maka eloklah aku stop belajar lebih-lebih. At 1 point, aku pernah taksub dengan al-Muhalla Ibn Hazm al-Andalusi.

Alhamdulillah, Allah keluarkan aku daripada ketaksuban terhadap mana-mana ulama’. So, jangan cuba enforce pandangan agama korang dekat aku, aku dah ada pandangan yang aku pegang.

Aku tak kisah kau siapa, ahli majlis fatwa ke, ada PhD ke. Aku akan kekal dengan ijtihad aku untuk diri aku. Aku akan jawab depan Allah kelak.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.