Ada pihak yang kata kami dibayar untuk #JusticeForBella.
First sekali? Siapa nak bayar aku?
Adik Bella? Mommy? Pn. Mona?
Kau ingat harga aku murah? Kau ingat harga aku cam harga lawyer FB baru lepas habis chambering?
Walaupun aku naik Axia Kompang, tapi harga aku mahal. Sejam USD2500 tau! Itu gaji aku tau!
Anyway, aku takda apa kepentingan pun kes ini, cuma aku terpanggil diajak untuk menegakkan keadilan untuk adik Bella yang didera penuh tragis.
Aku bukan kenal siapa pendera, apa itu Rumah Bonda, siapa penasihat Rumah Bonda, siapa peguam mereka. Aku tak pernah kenal, aku tak berminat nak kenal.
Apa aku dapat jadi salah seorang pejuang untuk kempen ini? Masa terbuang, emosi terganggu. Bukan aku aku ada NGO collect fund dari korang.
Tak.
Dapat populariti? Come on..
Aku dah cukup popular lah! Kah kah kah!
Iām alone, single handedly defeat ISMA and Aman Palestin before this for their corruption on managing public fund in Aman Palestin.
Aku ni diajak, diminta tolong oleh Pn. Mona. Takkan kau nak tolak permintaan seorang ibu yang nak membela nasib anak OKU yang didera. Ke mana sifat insani dan manusiawi dalam diri aku kalau aku menolak.
Aku dah bersedia untuk apa-apa risiko dalam perjuangan ini. Aku taktau siapa di belakang pendera, tapi aku percaya ada mereka-mereka yang jahat dan mental suka melihat anak OKU ini didera dan tak dapat pembelaan.
Sebab itu mereka membela si pendera dan menyerang kami.
Takpa, aku tak pernah gentar dengan semua ini. Aku percaya hati-hati yang suci dan bersih akan tetap bersama aku! Kebenaran itu tak perlu ramai..
Kita lawan!