AKU INGIN MEMUJI SITI BAINUN..

A

Hari ini aku ke mahkamah mendengar perbicaraan kes adik Bella. Siti Bainun sudah mula di-cross oleh DPP.

Aku tiba sedikit lewat. Siti Bainun sudah berada di dalam kamar. Tetapi mendengar suaranya yang jelas dan yakin, membuatkan aku rasa dia ni memang different breed. Aku rasa aku layak menilai orang dalam kamar kerana pengalaman aku duduk di dalam kamar lebih 10 kali.

Bayangkan, dia sebagai seorang OKT yang di bawah jaminan boleh slumber datang lewat. Bukan sekali, tetapi 2 kali! Selain daripada jawapan-jawapan dan alasan-alasan yang membodohkan mahkamah dia keluarkan selama ini, keyakinan dan keberanian dia di dalam mahkamah sangat wajar dipuji.

Mungkin pengalaman Siti Bainun dalam kes anak angkat dan Rumah Bonda, selama dia duduk menyaksikan prosiding mahkamah, hakim yang sangat baik dan DPP yang sangat lemah gemalai, menjadikan apa yang dia mampu lakukan hari ini. The environment taught her very well!

Mendengar suara dan intonasi Siti Bainun, dia seakan-akan mengayam-ayam DPP. Dia nganjing-nganjing DPP dengan membalas jawapan dan membetulkan DPP. Yang paling style, dia panggil DPP,

“Puan TPR..”
Aku mula-mula dengar Type-R. Haram betul!

Walaupun Siti Bainun ada terkantoi beberapa soalan tapi keyakinan dia tu mahal. DPP pula not bad lah. Cuma soalan-soalan banyak loose. Terputus-putus. Macam tak organize dan dirancang dengan baik. Aku harap esok diorang makin liar dan garanglah.

Inilah peluang DPP yang mewakili suara rakyat Malaysia untuk mendapatkan segala maklumat yang rakyat Malaysia ingin tahu. Sebagai contoh, dari mana dia dapat duit banyak-banyak bela anak-anak angkat yang ramai? Duduk kondo? Pergi oversea? Bayar cukai berapa banyak?

Apa pun aku doakan DPP improve esok. Ingat, kalian wakil rakyat Malaysia yang membawa suara dan jiwa rakyat marhaen!

Esok, siapa free boleh ke mahkamah ramai-ramai bagi sokongan kepada DPP kita! Kalau korang rajin buatlah kain rentang, tulis,

“Puan-puan TPR, tolong grill Benon sampai hangit!”

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.