Aku, Melayu, Cina dan India.

A

Mungkin ramai yang tidak tahu aku berketurunan Cina dan boleh berbahasa Cina dengan baik. Aku tidak kelihatan seperti bangsa Cina kerana aku tidak berapa putih. Tapi masa kanak-kanak aku selalu diejek kerana mata aku sepet. Tapi bila dah besar, aku macam Aaron Kwok! 😜

Sama ada kau setuju atau tidak, inilah kenyataan. Aku dah biasa dengar perkataan, Melayu malas, Melayu tak pandai, Melayu PUN pendatang, Melayu hidup dengan sibsidi kerajaan Umno dari aku kanak-kanak sampailah aku ke Adelaide, Australia. Dari pakcik-makcik aku, sepupu-sepupu aku, juga dari mereka yang aku tak kenal.

Aku dianggap Melayu kerana aku Muslim. Mereka tidak benci Melayu kalau kau jadi macam mereka. Ini pandangan aku, kalau kau bersama suara mereka, kau sebahagian dari mereka. Ramai yang terkantoi sebab ingat aku Melayu tak faham apa mereka cakap. Sedara mara pula, ingat aku sebahagian dari mereka.

Mak aku dulu IC merah yang bertukar biru. Surat beranak mak aku, dari daughter of bertukar ke binti. Mak aku kelahiran kacukan India dan Cina. Mak aku cerita, dia selalu diejek anak keling dan pendatang. Balik ke kampung nenek pula, nenek dianggap pengkhianat keluarga kerana memeluk Islam. Mak aku cucu terbuang. Ibarat roh yang tak terima langit dan bumi. Kesihan!

Sebenarnya apa yang kau dengar hari ini telah berkurun disebut oleh mereka. Bezanya dulu takda media sosial. Sekarang ini, ada media sosial tempat mereka meluahkan dan menulis tentang hal-hal ketidakpuashatian mereka. Bukan benda baru. Kau jangan buat-buat baru tahu dan terkejut.

Sebagai double agent kaum Melayu dan Cina tapi berkulit gelap. Orang yang pernah bersekolah di sekolah rasis SRJK(C). Kanak-kanak yang pernah trauma kerana perkauman. Aku carry some weight untuk bercakap tentang isu ini.

Dari hari pertama aku dipanggil Melayu, Cina dan pendatang. Aku telah buat keputusan, kalau aku jadi Perdana Menteri, aku akan tutup sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Aku akan hapuskan kawasan yang berlabel bangsa. Takkan ada ini kawasan Cina, ini kawasan Melayu, ini kawasan India.

Jadi, undilah aku nanti!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.