Dulu masa aku di Australia, aku rajin pergi reading club sorang-sorang di public library. Ya, zaman kawan-kawan dah habis belajar, aku je tinggal kerja cari duit nak ubah negara kononnya.
Tertuduklah dalam pembentangan tentang Alexader The Great. Aku tak ingatlah buku dia tajuk apa. Tapi aku nak simpulkan tentang betapa gilanya dia nak buat achievement unlock.
0. Jadi kaya dan dermawan. Done!
1. Jadi penakhluk. Done!
2. Jadi maharaja. Done!
3. Ada ramai isteri. Done!
4. Ada ramai gundik. Done!
5. Ada ramai anak. Done!
6. Main ramai-ramai. Done!
7. Anak dara. Done!
8. Bini orang. Done!
9. Kanak-kanak. Done!
10. Dengan laki. Done!
Yang paling bingai, sampai dengan dia nak rasa ditunggang. Semuanya sebab nak capai apa yang dia tak capai lagi. Memuaskan diri dengan achievement unlock mission kot.
Bila aku tengok orang yang ada kuasa, dah ada bini, ada anak, ada duit, kaya, mereka tend untuk buat perkara-perkada di luar akal dan tabi’i manusia normal. Menteri video HD kena tala, menala, china doll dan macam-macam lain.
Lebai pun tak ketinggalan! Nak join juga..
Kan?
Entahlah..
Memang bila ada fame, power and wealth ni membuatkan kita berubah ke?
Nasiblah aku tak kaya, naik Axia Kompang. Padanlah masih normal, minat gadis-gadis syantik dan ramai gopren. Bukan boipren ya!