ALLAH MENGHARGAI USAHA MANUSIA

A

Allah telah menciptakan manusia, Allah juga telah menurunkan kitab dan nabi untuk memberi petunjuk kepada manusia melalui agama Islam. Terpulang kepada kita nak beriman dan mempraktikkannya atau tidak. Islam adalah cara hidup.

Islam mengharamkan zina, Islam menggalakkan perkahwinan dengan pelbagai syariat di dalamnya. Ada entry, ada juga cara exit. Islam mengharamkan judi dan riba, Islam mengharuskan jual beli.

Begitulah juga Islam telah memansuhkan cukai-cukai yang zalim, Islam mewajibkan zakat. Kata Allah, zakat itu menyucikan harta.

Firman Allah SWT: Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka.” (Surah al-Taubah, ayat 103).

Dalam masa yang sama Nabi SAW mengancam pemungut cukai yang zalim dengan tegas, kata Nabi,

“Tidak masuk syurga pemungut cukai.”

Aku teringat kata-kata guru kami yang mulia, ketika mensyarah kitab zakat. Katanya, tak ingat dah siapa, tapi lebih kurang macam nilah kefahamannya.

Ramai yang bertanya, kenapa Islam hanya mengambil 2.5%* sahaja. Mana cukup nak bangunkan negara.

Jawabnya,
Allah menghargai usaha manusia. Islam menggalakkan manusia berusaha gigih, kerja keras dan menjadi kaya. Islam tak minta lebih, hanya 2.5%* sahaja. Di sana masih ada sedekah yang digalakkan.

Cukup ke tidak itu subjektif. Sebagaimana mereka yang bergaji RM1500* boleh hidup, orang bergaji RM20,000 pun hidup. Ia soal pengurusan. Sebuah negara kalau diuruskan dengan baik, macam-macam pendapatan boleh dicipta, kenapa rakyat yang rajin yang mahu diperas dengan berlebihan?

Adakah apabila gaji dan pendapatan para penguasa negara dan pemungut cukai itu jauh lebih tinggi daripada rakyat biasa itu dipanggil pengurusan negara yang baik? Adakah apabila pembayar cukai makin miskin manakala penguasa negara dan pemungut cukai makin senang itu tanda kebaikan dan kemakmuran?

Islam mengambil hak manusia pada kadar yang dibenarkan. Jika ia sangat diperlukan untuk negara, maka Imam Nawawi rahimahullah telah menggariskan syarat yang sangat ketat.

Kata Imam Nawawi Rahimahullah ketika khalifah meminta Imam Nawawi untuk berfatwa supaya khalifah boleh mengambil cukai tambahan,

“Aku dengar bahawa engkau mempunyai kekayaan yang banyak, mempunyai ratusan hamba lelaki yang tali pinggangnya emas dan hamba wanita yang perhiasannya batu-batu permata, baitulmal juga mempunyai harta yang banyak.”

“Sekiranya, kau telah menggunakan kesemuanya itu, sehingga kadar wang negara juga perlukan pendapatan yang baru untuk misi ini, ketika itulah aku akan berfatwa yang kau berhak mengambil cukai daripada rakyat.”

“Tetapi dalam keadaan kau bermewah-mewahan, orang di sekeliling kau bermewah-mewahan, aku takkan berfatwa untuk kau mengambil cukai daripada rakyat.”

Dalam keadaan rakyat makin miskin, ditimpa musibah, perniagaan SMe merundum, peniaga kecil hidup segan mati tak mau, m40 ramai downgrade jadi b40, adakah wajar penguasa dan pegawai penguasa bermewah-mewahan makan di hotel, tetapi rakyat diperas hingga tinggal seluar dalam.

Itu hal untuk jihad pun Imam Nawawi pun dia bantah tanpa ragu-ragu. Takkan bayar gaji penguasa dan pegawai penguasa dianggap lebih utama. Wajarkah? Lemah!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.