AMAN PALESTIN BERHAD PERNAH DITEGUR TAHUN 2014 LAGI!

A

TAPI AUDIT 2014 DISUBMIT KE SSM TAHUN 2019 JUGA!

Tahun 2014, sudah ada orang yang dah bersuara. Mungkin tidak viral. Tapi apa respond Aman Palestin ketika itu? Sama macam kali ini. Dia nak ambil tindakan undang-undang. Rujuk foto lampiran.

Ke nak check 2013 juga? Nak tengok bila diorang submit?

Haha!

Anyway, aku check 2014 punya ni sebab ada ex-ISMA (dia dah taubat kot) tunjuk screenshot yang ada orang dah sound Aman Palestin sejak 2014 lagi. Bukan benda baru? Kenapa tak ambil tindakan?

Tahun 2015 ada covid ke? Takkan tukar auditor sampai lebih 5 tahun. Ini semua alasan sampah. Kalau kami yang berniaga betul-betul ni, bukan collect derma orang ramai ni, memang dah kena denda teruk dah. 5 years is too much! Walhal duit kami sendiri, suka hatilah nak submit bila. Betul tak?

Daripada press conference diorang tempoh hari. Antara alasanya adalah covid dan pkp, susah nak bergerak bagai. Tukar auditor. Aku mohon pihak Aman Palestin lampirkan surat permohonan penangguhan dan surat kebenaran penangguhan kalau betul ia benar.

Supaya kami pun lepas ini boleh menggunakan precedence yang sama dengan Aman Palestin dan belajar untuk tangguh 5-6 tahun tak submit ke SSM. Yelah, kami ni berniaga duit sendiri, takda tanggungjawab sangat pun kepada orang awam. Kan?

Kalau yang collect dana awam boleh tangguh sampai 5-6 tahun SSM benarkan, takkanlah kami yang takda tanggungjawab kepada orang awam tak boleh tangguh kan? Harap Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi) faham denyut nadi peniaga yang keluar modal berniaga, bukan tunggang cerita duka kutip derma.

Kalau benar SSM izinkan, alhamdulillah lah. Tapi bagi aku, alasan-alasan semua tu sangat cliche dan menghina akal. Hanya wala’un ISMA sahaja yang boleh terima alasan sebegitu.

Sebenarnya, bila kau ambil dana awam, kau kena bertanggungjawab, kena cakna dan kena take it seriously menjaga amanah tersebut. Walaupun kau boleh buat loophole exploitation untuk jadi legally right. Tapi kau sepatutnya kejar dan jaga hal integrity, transparency dan good gorvenance.

DUIT ORANG TU SYAIKH, BUKAN DUIT AHLI ISMA SAJA DALAM TU!

Bila orang persoal, budak-budak diorang buat dan sebar fitnah, bunuh karaktor, report posting tersebut. Lepas tu buat press conference nak saman.

Come on lah, you are taking public money! Public money! Not your grandmonther’s money!

Bila kau tak submit audit, macam mana orang nak tau berapa total yang korang collect, berapa yang sampai sana. Yang tak sampai sana tu, korang buat apa? Takkan kau bagi laporan aktiviti je, kau ingat kami ni semua walau’un ISMA?

Berapa gaji ceo? Berapa gaji trustee? Berapa gaji high management? Berapa gaji branch manager? Kalau tak ambil walau seposen, buktikan! Benarkah? Nak tengok epf statement, nak tengok MA, nak tengok detail breakdown, receipt etc..

Ulang sekali lagi, orang awam berhak tanya sebab korang ambil dana awam. Faham tak? Kalau taknak orang tanya, collect duit dari walau’un sahaja. Diorang memang takkan tanya.

Kalau dalam bisnes, pengarah-pengarah yang tak buat audit ni, dah kena sack atau disuruh letak jawatan sebab audit adalah asas kepada good gorvenance dan integrity. Sebab itu dalam pengurusan Islam, ada badan hisbah. Takkan lebai-lebai nak suruh kami semua percaya apa yang diorang cakap je?

Kalau politikus dah lama kena suruh letak jawatan sebab tak competant. Tapi takkan wala’un nak suruh ayatolla letak jawatan kan? Kalau ayatolla-ayatolla tu ada maruah, letaklah jawatan. Bagi laluan kepada orang lain yang competant untuk urus dana awam.

Cadangan aku kepada pihak kerajaan agar mengambil tindakan dengan mengarahkan NGO-NGO yang tidak submit audit tahunan mereka untuk menghentikan apa-apa kutipan derma sehingga audit report mereka updated.

Selain itu, aku mencadangkan pihak kerajaan untuk mewajibkan NGO-NGO yang memungut dana awam untuk :
1. Diaudit setiap 3 bulan sebagaimana syarikat public listed.
2. Trustee dan high management mesti mengisytiharkan harta dan pendapatan secara jelas dengan pembuktian.
3. Kena notify dalam official statement/document, berapa persen nak MAKAN (tap) as management fee.

Cadang je..
Setuju tak kawan-kawan yang bukan walau’un ISMA?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.