ANTI-VAKSIN YANG SUDAH JADI PRO-IVERMECTIN!

A

Dulu, selepas menonton rakaman Dr. Nurulhuda vs Dr. Musa, nampak sangat jelas hujah kaum anti-vaksin atau pro-choice ini tidak matang. Lebih menyedihkan, mereka yang kononnya islamis ini menggunakan hujah agama.

Masih teringat kenangan aku berperang secara terbuka dengan kaum salapi Sungai Kantan yang juga menjadikan agama sebagai benteng hujah mereka. Lebih parah, mereka menjadi freemason dan yahudi Rockerfeller hujah sokongan.

Mereka ini beriman dengan self-cure atau penyembuhan secara fitrah jika terkena apa-apa jangkitan. Sehingga mereka terlupa fitrah akal yang wajib digunakan untuk berfikir dan mengkaji.

Mereka ini terlupa ketika Nabi sakit, tidaklah Nabi hanya makan madu, tamar, habbatussauda, zaitun, air zamzam, ruqyah, bekam dan menunggu tubuh untuk self-cure.

Tidak sama sekali! Bahkan Nabi menerima kunjungan tabib-tabib dari luar Madinah untuk merawat dirinya. Sehingga Aisyah ra. yang menjadi tukang bancuh ubat menjadi sangat mahir tentang ubat-ubatan. Lihat, betapa Nabi mengiktiraf perubatan yang bukan dalam pengetahuannya!

Untuk pengetahuan, amalan imunisasi dan vaksinisasi ini juga telah diamalkan oleh dunia Islam. Ini dibuktikan dari kalam al-Imam Nasirussunnah Muhammad ibn Idris as-Syafie rahimahullah di dalam kitab induk mazhab Syafie, al-Umm. Kata as-Syafie :

قال الشافعي: إن شرب دواء فيه بعض السموم ، والأغلب منه أن السلامة تكون منه : لم يكن عاصياً بشربه ؛ لأنه لم يشربه على ضرِّ نفسه ، ولا إذهاب عقله ، وإن ذهب” .
“Sesungguhnya meminum ubat yang mengandungi sebahagian racun di dalamnya, dan yang kebiasaanya kesihatan/kesembuhan akan terhasil daripadanya (ubat itu): maka dia tidak berdosa apabila meminumnya, kerana dia tidak meminumnya utk memudaratkan dirinya dan bukan juga untuk menghilangkan kewarasan akalnya walaupun akhirnya dia akalnya (kewarasannya) akan hilang.”

Lihat, amalan memasukkan racun untuk tujuan perubatan telah lama wujud dalam dunia Islam dan diiktiraf oleh ulama’ Islam. Cuma zaman ini, pastilah lebih moden dan lebih tersusun metodologinya. Pasti lebih selamat!

Tiba-tiba hari ini, aku terdengar pejuang anti-vaksin jadi pro-Ivermectin pula. Sungguh! Memang hura hara manhaj sains puak diorang ini. Atau memang jahil dan murakkab barangkali!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.