Aku telah mendengar sepenuhnya press conference tersebut, aku mendapati peguam AP-ISMA, peguam dari Parti Pejuang-GTA yang hilang deposit macam calon ISMA dalam PRU telah bagitahu yang gold bar itu investment yang di benarkan dalam perlembagaan AP-ISMA.
Since auditor ISMA dah diam membisu. Aku cuba memberi sedikit cetusan #mindaskeptikal. Macam aku sebut banyak kali, aku tak pernah nafikan segala isu teknikal. Cuma beginilah. Cuba tanya diri sendiri, cuba tanya penderma.
1. ADAKAH MEREKA MENDERMA UNTUK KORANG KUMPUL ASET?
2. ADAKAH KORANG DAH KASITAU DALAM IKLAN KORANG YANG SEBAHAGIAN DUIT ORANG DERMA ITU KORANG AKAN MELABUR?
3. ADAKAH SYARIAT MEMBENARKAN MENGAMBIL WANG DERMA BUAT PROJEK LAIN TANPA KEIZINAN PENDERMA?
Aku tertanya-tanya, apa tujuan diorang buat NGO? Untuk menyalurkan bantuan ke, nak buat investment?
Kalau nak buat investment, bukalah Fund House jadi fund manager, bukan buka NGO!
Simple.
Untuk berlaku adil, aku telah kembali menyemak laporan audit 2021 mereka. Aku tak jumpa apa-apa tentang pelaburan emas yang direkodkan oleh auditor. Kalau aku terlepas pandang tolong tunjuk. (Rujuk gambar.)
Persoalan?
1. Bila jongkong-jongkong emas itu dibeli?
2. Kenapa tak declare?
3. Kenapa auditor tak rekodkan?
Aku rasa, SPRM juga patut siasat auditor. Boleh juga siasat siapa supplier atau seller gold bar itu. Selain itu, pemilik aset-aset yang diorang miliki sebelum dijual ke AP-ISMA.
Kadang-kadang aku rasa macam puak AP-ISMA ni bila komen macam nak membodohkan masyarakat. Kononnya kalau biar dalam bank rugilah. Baik invest dulu. Idea ni sebiji macam beli condo NCF-Syahrizat Jalil. Syed Saddiq masuk ASB.
Since diorang kata diorang ni bagi bantun ke *H4^^45 tak bagi melalui duta. Semua orang maaruf *H4^^45 pejabatnya di Qatar. Dan diorang datang Malaysia macam tu je. Siap jumpa AP-ISMA dan ramai peminpin Malaysia lagi. Diorang tu dah jadi organisasi yang ditindas lama dah. Takkan takda banyak akaun bank, akaun proksi dan lain-lain. Diorang ke hulu ke hilir terbang sana sini tu pakai duit apa? Dari mana?
Come on la..
Aku nasihatkan, pihak AP-ISMA Amano Fulustino berhenti keluar kenyataan terbuka macam ni. Lagi akan membuatkan orang kembali menyemak segala data dan fakta. Elok diorang pergi naik kuda dengan ayatolla ISMA, Abdullah Zaik.
Aku rasa nak sama kes ini dengan 1MDB agak merepeklah. 1MDB corporate issue, korang tu NGO yang asasnya adalah kesukarelawanan atau voluntary. Rasa macam menghina akal pula bila nak politikkan kes ini dengan 1MDB.
Azam Baki dah kata “bring it on!”
So, lawanlah!