APA KHABAR GANG TAK HENSEM?

A

Den dah kobar lamo dah record cemerlang sebelum-sebelum ni sebab memang tengah bull run, tahun 2020 ramai jackpot buy at low.

Tapi ia bukan teknikal. Itu nasib. Aku pun gain lebih 100% tahun 2020. Aku campak je. Itu sebab aku tak hairan langsung mana-mana fund untung masa tu.

Tahun ini apa khabar? Awat manjang je negatif? Itu yang aku ajar dari dulu, nak sembang power, bakmai potfolio p&l kau 3-4 tahun. Atau kau tunjukkan tahun susah tapi kau steady.

Atau kau boleh present system kau, bagi pick, daily trade. Itu sebab aku berani debate dengan mana-mana sifu saham tentang teknikal sistem yang diorang ajar.

Aku masih konsisten dengan usul fiqh aku dalam dunia trading ni,
“Asal sifu saham semua scammer, melainkan dibuktikan sebaliknya.”

Setakat ni tiada yang boleh dan berani buktikan lagi.

Anyway, ada orang cakap sahabat aku Afyan Mat Rawi pun promote private mandate ni dulu. Macam nilah, aku nak kasitau mudah je. Afyan tu agent, dia ada komisen affiliates agent kalau ada yang join atau invest tru dia.

Takkanlah dia nak cerita benda tak indah benda yang dia jual. Kalau kau tengok segala factsheet dia semua tahun bull run 2020. Apa nak pelik kan? Yang korang telan bulat-bulat apa dia gebang kenapa kan?

La ni ada yang mengadu kat aku nak buat macam mana? Aku suruh dia tunggu jela sampai hijau balik. Hidup ini macam traffic light, sampai masa merah akan padam, hijau akan keluar jua. Ketika itu kau lintaslah jalan dengan selamat.

Interpac ni milik tauke judi, Vincent Tan tau! Pejuang BMF tak boleh join ya. Aku hairan kenapa sifu-sifu saham yang kononnya terer taknak buka fund manager sendiri. Sibuk buat kelas je.

Ohya, buat kelas lagi masyuk. Risk reward lagi padu! Risk zero, reward masyukkk!

Apa khabar gang tak hensem? Regardless apa jadi, kita buat duit tak?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.