Semalam sahabat aku hantar satu post tentang seorang peguam yang dikenali sebagai peguam bertauliah.
Kata sahabat itu,
“Tengok kawan kau ni Lep, nak cari publisiti murahan je. Memang cara dia cari job, buat marketing camtu ke?”
Aku hanya tersengih sahaja.
Komen aku mudah dan simple.
Kalaulah, tuhan, Nabi, agama, ayah sendiri, pak mentua, dan suami sendiri pun dia pernah langgar, cerca, maki, pertikai, tibai, hina, dan lawan, apalah sangat kalau dia nak hina Sabah dan Sarawak.
Betul tak?
Kalau aku diberi pilihan, aku pilih nak jadi orang Sabah atau Sarawak. Aku nak tinggal di kaki Gunung Kinabalu sambil menikmati kopi hitam atau di tebing Sungai Rajang sambil menternak bujang senang. Punya cool life di Sabah dan Sarawak.
Itu yang guru kami selalu pesan,
“Lebai kena belajar urus bini sebelum urus negara.”
Eh, salah tajuk plak!