APA PANDANGAN SCRUT TENTANG KEWUJUDAN RECOND.MY?

A

Lagi ramai, lagi bagus!

Inilah kemenangan bagi pihak pengguna pada kami. Macam kami selalu sebut selama ini di dalam media sosial SCRUT.

SCRUT ini lahir dari roh marhaen yang selama ini tertindas dan ditipu oleh kapitalis-kapitalis kereta recond.

Jadi, lagi ramai yang muncul, lagi jelas menunjukkan betapa banyaknya roh marhaen yang bangkit menentang kejahatan kaum penindas yang selama ini memijak rakyat dengan penipuan-penipuan buat sekian lama.

Kami percaya, sebagai pencentus revolusi pembelian kereta recond di Malaysia, matlamat kami telah jelas tercapai.

Dulu, tiada kereta bergred 5 atau 6 di pasaran, kini telah banyak kami temui. Untuk pengetahuan awak, kami bangunkan SCRUT pun tiada niat nak buat untung sangat, lebih kepada nak bagi awareness dan nak menolong masyarakat dari ditipu.

Hari ini, SCRUT ibarat mimpi ngeri buat penjual-penjual yang masih mahu menipu masyarakat dengan penipuan-penipuan yang sudah ketinggalakan zaman.

Pada kami, SCRUT adalah sebuah perjuangan. Perjuangan yang tiada penghujung, pasti kami perlukan teman lain seperti Recond.

https://www.facebook.com/scrut.my/posts/995013047650541

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.